3 PERKARA YANG AKAN BUATKAN ENGINE BERTAHAN SAMPAI BILA BILA

Dalam article ni, saya akan bagi information yang memberi jangka hayat engine kita ke tahap yang paling optimum.

Air filter

Air filter ni, ibarat bulu bulu hidung kita. Dia filter habuk habuk yang ada and tak lama lagi, jadi lah, taik hidung.

And taik hidung yang tak dikorek, akan buatkan kita rasa sesak sikit nafas. Jadi apa kita buat? Kita korek hidung (geli la)

Engine perlukan letupan untuk terus bergerak. Untuk dapatkan letupan pulak, engine perlu campuran udara and fuel untuk diblend bersama, dengan ratio lebih kurang 14.7:1..  14 udara, satu minyak.

Dua ni campur, masuk dalam engine cylinder, piston piston compress, spark plug pun, bommmm

Ratio tadi tu, kenapa exactly pada area 14.7:1, saya tak tahu kenapa, korang pun malas nak tau kenapa.

Tapi apa yang kita nak kena ingat, bila ratio udara and minyak terlalu jauh dari angka tadi, some component dekat dalam engine, akan,

ROSAK.

Air fuel ratio yang tak balance, ada dua. Samada udara tak cukup, ataupun minyak yang tak cukup. Untuk minyak, bleh jadi fuel line problem, fuel pump nak rosak.

So minyak pun tak sampai dengan amount yang mencukupi. Result dia, engine akan bekerja dengan haba yang lebih panas sebab kurang natural lubricant.

Untuk belah udara pulak, untuk air filter, air filter bekerja dengan fungsi yang sama dengan bulu hidung kita. And that is, untuk menghalang anything else than udara dari lalu, and pergi ke dalam engine.

Sebab kalau ada benda macam pasir, atau worse, air, masuk dalam cylinder engine, ye lah, memang tangan kita tak boleh masuk dari air intake, tapi air and pasir boleh.

Benda ni akan bagi damage dekat cylinder wall, piston, and even exhaust manifold. Kalau air masuk, terus hydrolock.

Kalau pening, tape. Just tau yang air filter tu wajibaulghunnah. Namun, ada orang akan terlepas pandang yang air filter akan kotor and clogging.

Dia akan filter segala mak nenek habuk, benda asing, even kata kata kesat pun dia filter jugak. Tapi bila dia sekat, maknanya kotor semua terkumpul dekat situ.

And at some point, even udara pun tak boleh lalu. Once udara tak boleh lalu, bacaan untuk air fuel ratio pun akan berubah. Ecu akan tolong adjust jugak ratio.

Tapi kalau dah teruk sangat, ecu pon tak boleh tolong. Udara kurang, berkmaknya minyak yang terlebih dalam cylinder.

Effect dia, kereta makan minyak kuat, and akan ada damage dengan catylic converter. Sebab kerja catylic converter untuk filter asap, bukan minyak dalam liquid state.

Semua ni jadi sebab tak cek air filter. Just check je air filter. Kalau boleh tembak angina, tambak. Kalau boleh tukar baru terus.

Carbon cleaning

Macam tadi, kita ada minyak yang melebihi daripada ratio, and terletup dekat dalam engine. Dari situ, terbentuk lah carbon build up.

Kalau korang pernah bakar barbeque, lepak bakar ayam kambing, lepas dari bakar tu, dekat area api penuh dengan bekas arang. Kita bayangkan lebh kurang macam tu lah.

Carbon deposit and buildup, adalah byproduct combustion engine yang datang daripada combustion yang TIDAK lengkap.

Carbon carbon ni, untuk satu tempoh masa, dia akan mengeras dekat dalam engine internal macam jarum injector, dekat cylinder wall, dekat intake valve.

Kat mana dia nak melekat, dia lekat lah ikut suka hati dia.

Untuk GDI engine, gasoline direct injection, carbon buildup lagi mudah bagi effect, sebab jarum injector dah comfirm comfirm duduk dalam combustion chamber. Lagi mudah untuk tertutup dengan carbon.

Kita sedia maklum yang kita guna minyak hitam untuk melincirkan part part yang ada dekat dalam kereta kita. Nak bagi semua part yang bergerak, bergerak dengan lancer, tanpa any friction.

Tapi carbon, dial ah penjahat minyak hitam. Sebab once dah melekat banyak, minyak hitam tak boleh nak lincirkan dah part part ni semua. Minyak hitam dah tak sampai.

MAKA, masalah yang datang dekat engine kita, hampir sama dengan bila tak tuka minyak hitam. And that is bad fuel economy, stalling, overheat, and paling tak sedap degnan engine knocking.

Normally, dekat 50ribu ke 100 ribu mileage, engine kita akan ada carbon buildup. Ye lah, nak betul betul tengok carbon buildup dekat dalam engine internal ni, sape je boleh tengok.

General rule of thumb, kereta kita mileage 50 ke 100 ribu, sepatutnya dah ada carbon buildup.

And apa yang kita boleh buat, is get rid of carbon tu lah. (duh)

Korang cari, carbon cleaning yang paling baik yang ada dekat market, and apply dekat kereta korang. Ada yang masuk ikut minyak hitam, ada yang masuk ikut tangki minyak. Macam macam brand ada.

Engine oil

And obviously, engine oil change adalah perkara yang paling wajib, and paling common yang kita biasa dengar.

Apa akan jadi bila kita tak tukar minyak hitam? Minyak hitam ni, dia nak lalu dekat semua part dalam engine. Crankshaft, bearing, camshafts, semua valve.

Dia nak lincirkan component ni semua. Makin modern kereta tu, makin kecik lah saluran untuk minyk hitam tu lalu.

Minyak hitam ni pulak, bukan selama lamanya liquid state. Selepas satu tempoh masa, bergerak, main dengan panas engine sepanjang masa, liqid state tu slowly berubah kepada solid state.

Minyak hitam tu mula memejal. Start jadi macam gel. Last sekali dia jadi fully sludge.

Saluran untuk minyak hitam makin sempit. And bila minyak hitam dah jadi sludge, minyak hitam tak akan mampu untuk capai ke dalam semua part yang memerlukan lubricant.

Bila benda ni jadi, engine kita kena bekerja dengan lagi kuat sebab friction dalam engine semakin besar. Masa ni, even panas pun dah tak boleh dissipate melalui minyak.

Engine overheat, head gasket boleh rosak, and yang paling kita taknak, complete engine failure. Benda ni memang seram. Sebab tu kita kena ambik kire minyak hitam.

Ada minyak semi synthetic, fully synthetic, and mineral. Setiap jenis minyak, ada oil change interval. Ada yang seawall 5 ribu kilo, fully boleh go to 10 ribu kilo.

Yang tu orang tau. Yang tak ramai tau is, minyk hitam harini, ada standard. Sebab kereta modern sekarang penuh dengan turbo, and untuk cope dengan turbo engine, minyak hitam start datang dengan standard.

Kalau pelik kenapa ada murah mahal tu, ini lah dia. Latest harini, minyak hitam datang dengan gf6 standard. Ada yang datang degnan lower gf5. Untuk kereta naturally aspirated, tak perlu ambil kira sangat. Tapi kereta yang ada build in turbo, wajib follow standard.

Tuka minyak hitammu, kerena bila engine tidak rosak, kita akan ada banyak duit untuk makan family mart. Dengar cakap ummi, tingkatkan prestasi,

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.