Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 28

Pilihan 1

Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan – Bahan 

300 gm daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
Cili merah/ cili hijau untuk hiasan
Daun ketumbar ( di hiris )
Sedikit minyak

Cara – Cara 

1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.

 

Pilihan 2

Kerabu Maggi Thai

Bahan-bahan:

Maggi (celur dulu, ketepikan)
Udang
Sotong
Sosej (goreng sekejap)
Tomato
Kacang panjang
Daun ketumbar
Bawang putih (ketuk)
Cili padi (ketuk)
Sos ikan
Thai palm sugar
Limau nipis

Cara-cara:

1. Udang dan sotong rebus sekejap letak garam sikit. Kemudian angkat dan toskan.
2. Masukkan thai palm sugar, bawang putih, cili padi dalam bekas.
3. Gaul sebati. Masukkan air limau nipis dan sos ikan (sikit-sikit dulu takut terlebih masin).
4. Masukkan udang, sotong, tomato, daun ketumbar dan sosej.
5. Masukkan maggi dan kacau rata.

 

Pilihan 3

Puding Koktail Custard

Bahan-bahan

Bahan Untuk Kastard 
1/3 cawan susu sejat Ideal
200 gm tepung kastard
2 liter air
1/4 cawan gula

Bahan Untuk Kuah Kastard

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air – sukat guna tin susu sejat
1 cawan gula
2 biji kuning telur – pukul2 sikit
1 sudu kecil esen vanila
1 tin koktail

Cara Menyediakan Kastard

1. Campurkan semua bahan2 kecuali susu sejat ke dalam periuk.

2. Kacau atas api yang perlahan sehingga kelihatan berkilat dan likat.

3. Akhir sekali tuangkan susu sejat.

4. Kacau sebentar hingga rata.

5. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil mengikut citarasa
masing2.

6. Sejukkan kastard dalam peti ais.

7. Keluarkan dar acuannya.

Cara Menyediakan Kuah Kastard

1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih sekejap.

2. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

3. Cara Hidangan :

4. Potong atau keluarkan kastard dari acuan.

5. Tuangkan kuah atas kastard tadi.

6. Hiaskan dengan buah ceri atau mengikut citarasa masing-masing

2 comments

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.