Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 27

Pilihan 1

Ikan Tempra Nyonya

Bahan – Bahan 
4 ekor ikan selar atau ikan kembung – di bersihkan ( guna ikan bawal )
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam

Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah dihiris
12 ulas bawang putih dihiris

Bahan B
5 – 8 biji cili padi
3 batang serai – di titik
2 biji cili merah – di potong menyerong

Cara – Cara 
1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.
2. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
5. Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
6. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
7. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Pilihan 2
Sambal Ikan Bilis Kentang Cili Api
Bahan-bahan:
Kentang (gaul kunyit dan goreng)
Ikan bilis (goreng)
Cili padi *
Bawang merah*
Bawang putih*
Belacan*
Bawang besar potong bulat
Air asam jawa
Garam

Cara-cara:
1. Kisar @ tumbuk bahan-bahan bertanda *(kasar2 pun takpe)
2. Tumis bahan yang ditumbuk guna minyak goreng kentang dan ikan bilis tadi.
3. Masukkan air asam dan goreng sampai garing.
4. Masukkan bawang yang dipotong bulat. Masukkan garam.
5. Bila sambal dah sejuk sikit baru masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata.

Pilihan 3
Puding Aiskrim

37 gram agar agar strip – direndam sebentar
7 mug air
Gula ikut kemanisan masing masing
6 biji kuning telur – dipukul sedikit
6 biji putih telur – dipukul sedikit sampai putih
1 cawan susu cair
1 cawan santan pekat
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning n merah
1 tin buah coktail – separuh buah dan air digunakan untuk membuat sos puding
½ buah cocktail tadi diblend separuh halus bersama airnya

Sos Puding

1 tin susu cair
1 tin air
Gula melaka – guna gula pasir kurang sedap
Sedikit tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
Vanilla
½ tin air coktail diblend bersama ½ buah coktal tadi .. sedikit garam

Cara membuat pudding

1.Masak agar agar bersama dengan 7 mug air

2.Bila dah hancur masukkan gula dan masak sebentar

3.Bahagikan agar agar kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan warna merah dan satu bahagian lagi diwarna kuning

4.Bahagian berwarna kuning dimasak semula bersama santan, susu cair, vanilla, kuning telur dan campuran buah koktail yang dimesin tadi. Masak sehingga mendidih.

5.Masukkan agar agar ini dalam bekas or loyang 4 segi.

6.Masak semula bahagian yang berwarna merah bila mendidih masukkan agar agar ini ke dalam putih telur yang dipukul tadi.

7.Masukkan bahagian merah bersama putih telur tadi sedikit sedikit ke dalam agar agar yang berwarna kuning. Tuang ke setiap bahagian ( telur tu seakan akan berbuih macam aiskrim) jangan dikacau

8.Kalau guna bekas kaca kita akan nampak 2 lapisan terbentuk…kuning di bawah dan merah di atas.

9.Sejukkan dan masukkan dalam freeze

Sosnya

1 Masak susu cair bersama 1 tin air (kalau pekat tambah sedikit air)

2. Masukkan gula melaka dan kacau hingga gula cair.

3. Kemudian masukkan kastard , vanila n garam dan coktail tadi

4. Masak sehingga mendidih – sentiasa dikacau kalau tak mudah hangit.

2 comments

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.