6 Punca Bahaya, Kereta Accident Paling Common di Malaysia

Dalam article ini, kita akan tengok 6 punca kemalangan paling terkenal di malaysia kita

Speeding in rain

Dari pandangan global pun, hujan adalah penyumbang utama kemalangan jalan raya seluruh dunia. Negara malaysia kita, hujannya, sepanjang tahun.

Setiap kali kita drive atau ride dalam hujan, normal lah kalau tiba tiba ada jem accident dekat depan. Bila hujan, kereta kita lagi susah untuk kita control.

Untuk motosikal, kita boleh perasan. Bila hujan, goyang je rasa bila nak ambik koner rendah rendah. Kalau boleh koner semua nak tegak je.

Tapi dalam kereta, especially kereta baru, once hujan datang, kita as a driver tak ada rasa traction difference masa low acceleration.

Tekan minyak, ambik kona macam biasa. Ye lah 4 tayar. Tapi tu lah trick dia.

Disebabkan driving tanpa hujan and masa hujan tak bagi kita rasa yang berbeza, sesetengah orang rasa yang speeding dalam hujan, taka da masalah. Tekan je.

Maklum la, masa nak beli kereta dulu, tengok iklan dia, nampak kereta masuk lopak, piung keluar ayat, kereta ada traction control. Masa hujan pun apo laei, tokan la.

Masa hujan, traction tayar dengan jalan akan berkurang. And makin laju kita accelerate, makin kuranglah traction.

And apalah traction control , kalau takde traction pun untuk dicontrol nanti? Kereta tu control traction, bukan control bodoh. Jangan pecut dalam hujan.

Pandu luar kawalan

3 pemandu luar kawalan yang boleh saya pikir, driver mabuk, driver high, driver yang sakit. Kalau kita tak boleh kawal diri sendiri, macam mana pulak kita nak kawal kereta. Apatah lagi untuk kawal rasa cinta (aishhhh)

Alchohol adalah salah satu depressant drug, and alcohol akan perlahankan aktiviti central nervous system, termasuklah otak. High pun sama.

Dua benda ni, syok kat diri sendiri, tapi menyusahkan orang lain.

Memandu dibawah pengaruh alcohol and dadah adalah 13 kali lebih berisiko untuk kemalangan. Macam mana saya tau? Adakah  saya minum arak pastu drive 13 kali. Takk.

Saya dapat statistic ni dekat institut penyelidikan keselamatan jalang raya malaysia (miros)

Pdrm punya statistic plak 2017 2018, dalam 200 accident, 58 tu, kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk. Number tu banyak ye, untuk Negara islam.

3 januari 2022, ada driver lori yang menjadi punya kemalangan di area sungai buloh, and tukang rakam video dengan penuh bersemangatnya jerit mabuk ke mabuk ke.

In the end kebenaran dia adalah, drive tu kena serangan jantung semasa drive lori dia.

Moral of the story, jangan memandu under substance, make sure kesihatan kita dalam tip top condition, and jangan bodoh sangat nak fitnah orang lepastu pegi pos kat tiktok.

Driving guna phone

Yang ni, saya kadang kadang pun buat jugak. Rain speeding pun saya pernah buat sekali. Tapi still, ini top 6 accident malaysia.

Kita sendiri tau apa jadi bila main phone, lagi lagi kalau main whatsap. Persamaan driving dengan main phone, adalah dia memerlukan focus, attention and physical kita.

And bila kita buat dua benda ni serentak, akan makin susah untuk kita control kedua duanya.

Masa kita drive, kita dah ada expectation dari kereta depan, kiri and kanan. Tapi once kita dah main phone, kita tak akan boleh expect untuk ada lembu nak lintas kat depan, kereta depan nak brake mengejut, ataupun basikal nak lalu.

Kalau kita langgar basikal, kita yang salah. Sebab basikal yang bayar road tax. Tapi kalau Main phone langgar lembu, lembu salah. Dia tahu tu jalan kereta, asal dia nak lalu jugak kan.

Langgar lampu merah

Untuk malaysia, jenis ni bukan yang paling tinggi. Tapi for some country, ni number satu. Pernah tak kita tengah stop merah.

Bila hijau and nak jalan, ada kete shiungggg lalu depan kita. Kalau tak sempat brek, kita masuk berita harian la esok pagi.

Untuk punca accident yang lain, biasanya dua speed yang tak banyak berbeza, bertembung Antara dua.

Tapi red light accident, selalu jadi satu kenderaan dengan high speed, bertembung dengan kenderaan low speed. So bayangkan lah macam mana

Tak maintain kereta

Bawak elok, tak main phone, takde emosi emosi. Bawak dengan vermat dah. Tapi 5 second lepas tu, accident. Adoi.

Kereta modern ada average of 30 ribu part untuk setiap kereta. Banyak tu. Tapi  bila kita tak maintain kereta kita, akan ada part yang GAGAL untuk berfungsi, and menybabkan kemalangan.

Top 3 maintenance-less part yang jadi punca accident, 1st light and wiper. Bila kita tak nampak, or orang tak nampak kita, kereta pulak gelap, benda ni boleh jadi.

Number 2, brake fault. Boleh jadi yang brake ni fail secara tiba tiba, sebab dia bermain dengan hydraulics and vacuum. Sebab tu brake system checking perlu dibuat secara interval.

And 3, tayar botak,. Traction control lah macam mana pun. Tade nye traction control bila tade benda untuk dia control.

Benda lintas

Ini lah final top cause of accident. Even kat highway plus, ada devider semua, elok je tapir lintas. Dekat teganu, rimau pun lintas.

Bila rimau lintas, kita langgar dia, accident. Rimau lintas, dia langgar kita, dia makan kita. Dua dua sakit kat kita.

Road insfrastruction dekat malaysia penuh dengan unexpected obstacle. Macam macam benda akan lintas, orang, binatang. And for some cases, benda ni memang tak boleh nak dielakkan pun.

Jadi just keep focus on road, biar radio je teman kita, supaya andai kata ada unexpected things yang melintas, kita boleh cuba untuk elakkan dari accident berlaku, atau meminimunkan kejadian tersebut.

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.