Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 24

Pilihan 1

Kulat Sisir Masak Lada

Bahan-bahan:
Kulat sisir 1 cawan
3 biji bawang merah kecik*
3 ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam *
8 tangkai cili kering *
segenggam ikan bilis
1 cawan santan pekat
Garam

Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan bahan kisar dan kulat sisir dalam kuali.
3. Kacau rata dan masukkan santan pekat.
4. Masukkan ikan bilis (tak perlu goreng)
5. Rasakan dengan garam dan perasa. (terpulang nak berkuah sikit atau kering)

Pilihan 2

Daging Kurma Versi Noxxa

Bahan – Bahan
700 gram daging batang pinang yang telah dipotong
1 paket rempah kurma
Bawang merah, bawang putih, halia dikisar dan garam secukup rasa dicampur dengan rempah kurma. Gaulkan dengan daging
Bawang besar, dimayang
Rempah ratus 4 sekawan
Kentang dan lobak merah
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan diikat
2 keping asam keping
Air asam jawa secukupnya
Gula melaka secukupnya

Cara – Cara 
1) Set pada Noxxa pc pada “Stir-Fry” mode dan tekan on. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dimayang dan rempah ratus 4 sekawan sehingga wangi.
2) Masukkan daging yang telah diperap tadi. Tumiskan seketika biar bahan tumisan nampak naik minyak sikit.offkan stir fry.
3) Masukkan daun pandan, gula melaka, air asam jawa dan asam keping.
4) Masukkan santan separuh kotak, air dan garam. Air lebih kurang paras daging.tudung periuk noxxa.
5) Set pada HP mode selama 25 minit. Pastikan tombol menghala ke arah Pressure.
6) Dah bunyi beep, tekan off dan putar tombol menghala ke steam untuk melepaskan wap.
7) Kemudian, masukkan ubi kentang dan lobak yang dipotong sederhana. tutup tudung 8) High pressure selama 5 minit sahaja dan tekan on, selepas bunyi beep, tekan off, lepaskan wap, buka tudung, tekan stir fry nak bagi kuah tu sebati, didihkan dalam 2 – 3 minit.
9) Dah siap, ubi kentang tak terlalu hancur kalau nak pegang pun. Boleh hidangkan.

 

Pilihan 3

Puding Peach

Bahan bahan

1 bungkus agar bertali tu (50grm)
2 biji telur
1 tin buah peach (saya guna tin besaaaa)
1 tin susu cair
Gula secukupnya ikut kemanisan yang anda suka
Air secukupnya

* Note: Bila guna agar agar tali saya selalu guna petua mak, sukat air ikut saiz plastik agar2 dan lebihkan sedikit. Dalam kes terpencil ni saya guna 1 1/4 air yg disukat dari plastik agar2 tu.InsyaAllah…sedang2 je air tu..

Cara cara

Basuh agar2 tali, potong2 dan rebus hingga hancur. Tapis ,, masukkan balik dalam periuk, masak dan masukkan gula.masak hingga gula hancur

Blend buah peach, telur & susu cair

Masukkan dalam agar agar yg dah masak tu. cedok sikit sikit buih2 kat atas hingga xde buih.

Sentiasa kacau dan masak hingga mendidih

Letak la dalam acuan kecil2 or loyang kegemaran..biar sejuk..or bole terus masuk peti ais

Selepas 2-3 jam..letak dalam peti ais..bole la makan..

 

 

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.