Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 23

Pilihan 1

Daging Goreng Lemon Bawang

Bahan – Bahan 
Daging yang telah dijeruk
Bawang kuning potong baji atau hiris
Lada merah / lada hijau / cili kering / lada burung

Cara – Cara 
1. Masukkan daging dalam kuali dan masukkan sedikit air.
2. Rebus daging sekejap sampai ia lembut, dah lembut pindahkan dalam pinggan sekejap.
3. Tuang sedikit minyak dalam kuali, bila minyak panas masukkan daging yang telah digoreng, kacau – kacau sekejap baru masukkan segala bahan bawang kuning dan lada.
4. Goreng sampai bawang dan lada agak layu dan daging tu nampak garing sikit.
5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

 

Pilihan 2

Ikan Masak Asam

Bahan-bahan:
Ikan apa-apa pun boleh (digoreng)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Cili padi
Air asam jawa
Garam
Perasa
Bawang besar potong 4
Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris sampai kekuningan.
2. Masukkan air asam jawa, nak berkuah tambah sikit air.
3. Masukkan garam dan perasa.
4. Masukkan bawang besar dan cili padi.
5. Masukkan ikan dan kacau sehingga sebati.
Pilihan 3
Sup Suhun Telur

BAHAN-BAHAN

6 biji ubi kentang [dipotong 4] 3 biji telur ayam
1 peket suhun [direndam terlebih dahulu] 2 peket pucuk tauhu [direndam terlebih dahulu, dan dipotong
sederhana] 1 s.b. udang kering
3 ulas bawang kecil [dimayang] 2 ulas bawang putih [dimayang] Sedikit garam (secukup rasa)
3 liter (secukupnya)
3 s.b. minyak masak

CARA PENYEDIAAN

– Tumis bawang² yang dimayang sehingga kekuningan.
– Masukkan udang kering, tumis sehingga naik bau.
– Masukkan kentang, tumis bersama bawang & udang kering.
– Masukkan garam (dan serbuk perasa sekiranya perlu).
– Masukkan air, biarkan sehingga mendidih. Pastikan ubi telah
hampir empuk.
– Masukkan suhun & pucuk tauhu (ditos terlebih dahulu).
– Biarkan seketika sup masak.
– Pastikan ubi telah empuk, kecilkan api.
– Pecahkan telur, masukkan satu persatu di dalam sup (jangan
mengacau sup tersebut).
– Biarkan seketika sehingga telur masak.
– Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.