Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 22

Pilihan 1

Kerutuk Daging Kelantan

Bahan – Bahan 
1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yang dihidangkan semasa kenduri) atau seekor ayam potong empat
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ boleh beli yang ready made
1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
5-7 biji cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas diketuk
2 – 3 batang serai diketuk
Gula melaka
Garam
Sedikit air asam jawa

Cara – Cara 
1. Sediakan bahan tumis:

  • Rempah kasar 4 sekawan
  • 2 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • Sedikit halia dimayang
2. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)
3. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
5. Masukkan daging atau ayam dan kacau hingga keluar air daging.
6. Masukkan santan.
7. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai. InsyaAllah boleh.

Bahan Tambahan
Sedikit belacan untuk tumis
Ubi kentang

Pilihan 2
Kerabu Soohun Ala Thai
Bahan-Bahan:
Soo Hoon
Udang
Cili merah besar
Cili padi
Bawang putih
Kacang tanah (sangai, tumbuk)
Daun bawang
Daun ketumbar
Tomato
Jus limau nipis
Sos ikan
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Rendam Soo hoon dalam air biasa sehingga lembut.
2. Tumbuk cili merah besar dan cili padi.  Masukkan cili padi tumbuk, perah limau nipis, sos ikan. Gaul sehingga sebati.
3. Celur udang dan gaul bersama sedikit garam. Masukkan tomato, daun bawang, daun ketumbar dan udang.
4. Goreng bawang putih bersama serbuk kunyit. Masukkan bawang putih goreng dengan minyaknya sekali dan kacang tanah. Masukkan garam dan gula.
5. Masukkan soo hoon dan gaul sehingga sebati.
Pilihan 3
Masak Lemak Sayur Lodeh

Bahan untuk kuah lemak 

2 kotak kecik santan kara
2biji santan kelapa segar
3 batang serai
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 1/2 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam/kiub ikan bilis
Udang

Bahan sayuran

Kubis
Kacang panjang
Lobak merah
Cili merah
Tauhu digoreng
Tempe digoreng
Suhun/fucuk

Caranya

Kisar bawang merah, putih, halia, kunyit hidup ..tumis dia bersama serai …lepas tu masukkan air, tambah santan masak dgn api perlahan. Jgn kuat nanti santan pecah …lepas tu masukkan semua jenis sayuran termasuk tempe dan tauhu goreng …masak sehingga semuanya sebati dan mesra ..last sekali msukkan fucuk, suhun dan garam secukupnya ..still msak dgn api yg sederhana dan perlahan sahaja. Biar dia masak dgn sempurna ….okay siap… (Bila pekat boleh tmbh air)

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.