Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 21

Pilihan 1

Udang Nestum

Bahan-bahan:
Udang
Garam
Lada sulah
Tepung jagung
Bawang putih cincang
Daun kari
Cili padi potong
Butter @ marjerin
Nestum 3 in 1 (pakai nestum biasa pun boleh tapi kena tambah gula sikit)

Cara-cara:
1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah.
2. Tabur tepung jagung kat atas udang. Kemudian gaul-gaul dan terus goreng.
3. Goreng sekejap je. Bila kulit udang bertukar warna terus angkat.
4. Cairkan butter. Kemudian masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.
5. Tumis sehingga wangi dan masukkan udang yg digoreng tadi.
6. Masukkan nestum dan gaul-gaul rata. Dah sebati tutup api.

 

Pilihan 2

Nasi Jagung

Bahan-bahannya

4 cawan beras basmati
3 ½ cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar, dihiris
1 tin jagung, ditoskan airnya
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 senduk minyak sapi/ mentega
Garam secukup rasa
Bawang goreng, untuk hiasan

Bahan untuk dikisar

6 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara Menyediakan

1. Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk.
2. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Bila airnya hampir kering, masukkan jagung dan gaul rata. Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker dan biarkan nasi tanak sehingga masak.
6. Sewaktu nasi dihidang, taburkan bawang goreng atau jika anda suka gajus yang telah digoreng.

Nota: Jika anda tidak suka menggunakan minyak sapi, boleh gunakan minyak masak yang dicampurkan dengan mentega. Minyak sapi/ mentega inilah yang membuat bau nasi tersebut bangkit. Manakala susu cair yang digunakan, akan memberi rasa lemak pada nasi membuatnya sedap.

 

Pilihan 3

Sup Ayam Pekat versi Noxxa

Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
Air secukup nya
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 inci halia(dihiris nipis)

Bahan C
3 biji buah keras (ditumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca besar ‘penuh’ rempah sup
1 batang serai (diketuk lebam)
5 biji cili padi merah (diketuk lebam)
Sedikit air

Bahan D
Daun Bawang
Daun Sup
Limau kasturi
Bawang Goreng

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan beraroma.
2. Kemudian baru masukkan kesemua bahan B yang lain. Goreng sehingga bawang putih bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C, perlahankan api dan biar rempah masak dengan perlahan dan sempurna. Kacau-kacau selalu untu mengelakkan rempah berkerak.
4. Setelah minyak terbit dari rempah baru dimasukkan air dan besar kan sedikit api supaya ia mendidih.
5. Masukkan ayam, garam dan bahan perasa. Masak sehingga kuah mendidih semula.
6. 5 minit sebelum angkat, masukkan sedikit hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
7. Tabur dengan tambahan bahan D sebelum dihidangkan.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.