Kenapa harga used car makin naik?

Kita nak tengok kenapa harga used car semakin tinggi? And adakah fakta ni, applied kepada semua jenis used car? Yang paling best, untuk time time macam ni, dekat mana yang boleh kita untung sebenarnya?

 

Punca used car dekat malaysia semakin mahal, ada sebab yang direct dengan masalah daripada brand new car market tu sendiri.

Kereta baru harini, waiting list semakin lama. Sebelum covid, waiting list untuk axia and myvi, duduk pada 2 minggu ke sebulan setengah.

Proton saga at that time, ready stock. Lulus loan ambik kereta. Harini perodua, dua bulan adalah waiting list paling pantas yang boleh kita dapat.

Nak beli perodua pun tunggu berbulan. Macam beli Porsche 911 tayga ye.

Bila covid melanda, obviously semua carmaker punya kilang, termasuk dengan kilang vendor, tak boleh nak beroperasi sebab perintah berkurung.

Sehari kilang tak beroperasi, makin lambat kereta nak siap. Time covid ni, Kilang, tak beroperasi selama berminggu. Yang mana ckd cbu, pun sangkut dekat port port.

Dalam banyak banyak part, waalupun ada yang tersangkut sebab covid, bila lockdown mansuh, everything boleh kembali normal.

Tapi satu benda dalam kereta ni yang masih tersangkut, yang menjadi punya car production tak optimum which is semiconductor

Semua benda electronic, perlukan semiconductor. Part lain macam steering, car seat and engine, benda ni automotive industry je yang perlu.

Tapi chips, industry kereta nak, handphone nak, kipas nak, remote nak, tv nak. Semua nak.

Demand semiconductor terlalu tinggi, membuatkan automotive industry terpaksa bersaing bukan Antara satu sama lain je, tapi dengan industry luar sekali.

Benda ni lah, punca kereta baru susah sangat nak ada ready stock. Bila dah kereta baru susah nak dapat, orang start tengok market dekat kereta yang dah sedia ada, which is used car market, dengan recond car market.

Benda ni buatkan demand at used car dengan recond meninggi, and end up, naturally, buatkan dua harga kereta ni semakin tinggi.

Tapi dari apa yang saya consult dengan used car panel, untuk Malaysian market, trend harga kereta terpakai still belum lagi mahal dari kereta baru, macam cerita proton saga tahun 1992.

Macam dekat used car market global, uk contohnya, range rover 2021 used, 9 ribu pound LEBIH mahal dari range rover brand new.

Itu lah apa yang sekecik kecik semiconductor tu boleh buat dekat market dunia. Tapi, semua kereta ke yang naik harga? Adakah kita perlu gelabah? Tak jugak.

For starters, harga kereta yang terkesan, mostly cuma depat kereta yang masih baru. Kiranya used car umur setahun, akan lebih terkesan daripada used car umur 10 tahun.

Ghisau gak saya mula mula. Tengah nak beli satria seken ni. Saya cek cek, okay ada lagi satria 4 ribu. Tak seram sangat la.

Market untuk used car 10 tahun ke atas tak impact  macam mana used car 10 tahun ke bawah, sebab  the demand datang dari buyer brand new, yang mencari alternative untuk kereta yang terlalu panjang waiting list.

Dekat time time macam ni, dekat mana kita boleh untung sebenarnya?

Panel used car saya inform, untuk kita tolak kereta kita harini, par  price untuk kereta umur setahun ke 7 tahun, 15% lebih tinggi dari tahun 2020.

Par price ni, maksud saya harga kereta paling tinggi yang panel used car ambik untuk satu model tu. Jadi, kalau sekarang kita ada 2nd car, ini masa terbaik untuk jual kereta kita, sebab ini je masa kita boleh dapatkan top dollar untuk kereta kita.

Saya cakap 2nd car, sebab, kalau ada satu je kete, satu jual, nak pakai kete apa plak.

Untuk par price ni, saya bagi tips sikit untuk jual. Maksud saya, par price ni adalah harga paling tinggi yang used car ambik untuk satu satu jenis model.

Kereta kite tak penah accident, so nak tolak dekat used car, harga masa kita beli brand new. Tak boleh. Used car tengok model ni market beli 20k. kalau perfect, tick semua checkbox, dia ambik 20k.

Accident, kemik, dia tolak seratus, 500, tengok banyak mana rosak. Tips dia, used car bagi kita top dollar bila kita ada full service record, tak modified, masih kekalkan colour yang sama, and tak ada kesan accident, and any fault, semasa inspector datang untuk inspect kereta kita.

Adakah harga kereta terpakai akan menurun? Dari report, certain pakar bagi jangkaan yang semiconductor market akan pulih 2nd quarter 2022.

Ada juga pakar jangka yang market akan pulih tahun 2023. Tapi tanpa kita tunggu pemulihan market pun, trend demand untuk used car market dekat malaysia dah mula menurun, walaupun harga used car market masih mahal.

Benda ni dia ada moving average. Sekarang buyer kurang sikit, and harga still mahal. Tapi satu masa, akan turun juga harga.

Semiconductor diperbuat mainly daripada pasir. And pasir dikategorykan sebagai abundant material. Pasir banyak. Tapi satu masalah. Pasir bukan renewable source, macam pokok.

Even pasir pun, bukan semua pasir boleh buat chip. Kia perlu mineral quartz type sand. Maknanya, satu hari nanti, semiconductor shortage bukan berpunca dari covid. Tapi berpunca dari short supply of sand.

 

 

zakirin

1 comment

  • Assalamualaikum bang kirin.
    Saya nak tanya. Boleh kah kita dapatkan semula deposit yg telah dibayar kepada penjual kereta terpakai sebab kita mahu batalkan urusniaga kerana kita telah jumpa kereta lain dgn harga yg lebih berbaloi. Deposit yg dibayar jumlah rm500.

    Harap sudi menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.