Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 19

Pilihan 1

Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Bahan Ikan 
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
1 biji telur
Serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Sos
3 ulas bawang putih
1cm halia – dikisar kasar
8 biji cili padi – diketuk
3 biji cili merah
2 batang serai – dititik
1 batang bunga kantan – dipotong kecil
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
35gm nenas
½ biji cili benggala merah
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala kuning
½ biji timun
1sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan sos cili
Air secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara – Cara
1. Ikan siakap terlebih dahulu dibuang tulang di bahagian tengahnya.
2. Kemudian gaulkan ikan bersama garam dan serbuk lada sulah.
3. Seterusnya celupkan ke dalam adunan telur yang dipukul kembang.
4. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
5. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi
sehingga naik bau.
6. Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati.
7. Masukkan pula air secukupnya dan jus limau nipis. Perasakan dan biarkan seketika.
8. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong kiub tadi.
9.Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.

 

Pilihan 2

Rendang Asam Ikan Tongkol

Bahan A:
Seekor Ikan tongkol
Garam
Serbuk Kunyit

Bahan B:
2 batang serai
Halia sebesar ibu jari
10 biji cili padi
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

Bahan C:
Air asma jawa

Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sekejap, jangan garing sangat.
2. Kisar bahan B. Kalau rajin boleh tumbuk.
3. Tumis bahan B dan masukkan air asam jawa. Kacau sampai pecah minyak.
4. Masukkan ikan. Kacau sehingga sebati.

 

Pilihan 3

Nasi Daging

Bahan-Bahan

4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging

1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan untuk ditumis

1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam

1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara untuk memasak

Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara untuk air asam

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Tips: Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.