Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 17

Pilihan 1

Ikan Percik

Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)

– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)

Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam ( jangan penuh tinggi) dan secubit serbuk perasa
Kisar hingga lumat.
Lumur rata bahan kisar pada ikan.
Perap selama 20 minit.

Bahan untuk kuah percik

– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Cara-cara

Kisar semua bahan hingga lumat.
Masukkan 6 senduk santan segera
Tambahkan 1 senduk air kosong.
Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar
( kisar sendiri)
Letak periuk atas dapur. Sebelum buka api,
perahkan sehiris limau nipis. Kulit jangan letak sekali tau.
Kacau rata.
Buka api sederhana besar.
Masukkan 1/2 sudu besar garam, 2 1/2 sudu besar gula dan secubit perencah Hilal.
* kuantiti rasa terpulang pada citarasa sendiri
Kacau kuah sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

 

 

Pilihan 2

Oden Sodap

Bahan-bahan:

  • 2 paket perencah tomyam adabi
  • 2 paket perencah sup siam adabi
  • 1 paket perencah asam pedas adabi
  • 2 pcs kiub pati ayam
  • Air 1.5 liter
  • Gula 1 sudu

Cara-cara:

  1. Masukkan semua perencah ke dalam air dan biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan semua bahan steamboat.

 

Pilihan 3

Tenggiri Tumis Asam Lada Hitam

Bahan-Bahan
4 ekor ikan bawal- sederhana besar- guna ikan lain pun boleh (wani guna ikan tenggiri )
1 batang serai- di titik
Daun saderi/sup- dihiris halus
1 sudu besar lada hitam-tumbuk, saya guna yang dah kisar kasar
2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cawan air
2 sudu besar kicap jalen manis – tak letak
Garam dan sedikit gula
Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
Minyak secukupnya
1 cawan air atau secukupnya
Sos lada hitam ( optional )

Bahan Dihiris
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara-Cara
1. Siang ikan, kelar permukaannya, cuci bersih dan toskan.

2. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit.

3. Goreng hingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.

4. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang di hiris tadi, masukkan juga serai yang diketuk tadi. Tumis hingga naik bau.

5. Setelah wangi, masukkan air asam jawa.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.

7. Masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan.

8. Sekiranya dah cukup rasa matikan api dan hidangkan.Taburkan bersama daun sup yang dihiris halus.
9. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.