Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 16

Pilihan 1

Ayam Goreng Singgit

Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar,  lembut di dalam.

 

Pilihan 2

Sup Ikan Siakap Lada Hitam

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar (potong/bersihkan/gaul dgn sedikit garam)
1 inci halia di belah2 sahaja
1 keping asam gelugur (asam keping)
1 sudu besar thai fish oil
1 sudu teh perencah sup
1 btg serai (ketuk)
Garam & perisa lain ikut suka

Bahan tumbuk

3 biji bawang putih
3 biji bawang merah (sederhana)
1 inci halia
1/2 sudu teh biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
& sedikit je lengkuas (taknak pun takpe)
(Semua bahan ini tumbuk lumat ok)

Rempah penumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Bahan hiasan

Tomato belah 4, sedikit hirisan bawang holland, bendi, hirisan daun sup, daun bawang
& bawang goreng.

Cara

1. Panaskan sedikit minyak masukkan rempah tumis
(Kayu manis,cengkih,bunga lawang)

2. Masukkan bahan tumbuk & serai (diketuk) goreng hingga naik bau

3. Tambahkan air (agak2 ok) & masukkan sedikit perencah sup & asam keping, masukkan garam, perasa lain & thai fish oil juga & hirisan halia & hirisan bawang holland..biar mendidih lama sedikit & rasa ok.

4. Masukkan bendi sekali dgn ikan siakap dan tomato last sekali & biarkan masak di antara 3/4 minit sahaja ( tak boleh lama nanti ikan cepat hancur) rasa ok sup tadi ape yg kurang.

5. Padamkan api dapur.

7. taburkan daun bawang daun sup & bawang goreng. (Jika nak masam2 sket perahkan limau)

 

Pilihan 3

Ayam Percik

Bahan-bahan

• 7 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 batang serai
• 1 inci lengkuas
• 1 keping gula melaka
• 3 sudu besar madu
• 3 sudu besar sos cili
• Garam secukupnya
• Setengah ekor ayam

Cara-cara

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.
2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak. Tambah kan air.
3. Masukkan gula melaka, madu, sos cili dan garam. Bila mendidih, masukkan ayam.
4. Masak sampai ayam setengah masak, kemudian panggang ayam. Ayam dah kering, celup dalam sos and sambung panggang atau bakar.
5. Ulang step celop dan bakar sampai puas hati.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.