Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 15

Pilihan 1

Ikan Masak Sos Asam Jawa

Ikan Goreng dulu..kalau nak sdap.. Guna minyak yang goreng awas2 dia tu… Letak garam sahaja…bila minyak panas tabur tepung beras skit dalam 1 sudu dalam minyak tu.. Baru masuk ikan.. Goreng sampai garing… Blh jgk klo nk gaul tepung bras kat ikan tu.. Tapi jangan banyak..

Bahan bahan sos

Air asam jawa.. Perah pkat2
Gula siam (somtam)
Garam
Minyak skit..guna minyak goreng bawang ngan halia..

Cara-cara

Letak minyak sikit dalam kuali.. Letak gula. Air asam.. Tambah air.. Letak garam.. Masak smpai mendidih.. Rasa.. Kuah mesti masam lbh skit.. Masin n manis tu bg balance…

Bahan bahan nak goreng garing.. Goreng asing2 ye.. Sbb benda2 ni masa utk garing tu x sama…

Halia.. Hiris nipis2 n halus2
Bawang putih…
Bawang merah..
Cili api…
Cili kering klo suka..

 

Pilihan 2

Gulai Sardin Masak Cili Padi

Bahan-bahan:
1 sardin tin besar
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
3 biji Kentang
1 biji bawang besar potong 8
1 keping asam keping
3 cawan santan pekat
2 cawan air
Garam

Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup.
2. Masakkan atas api bahan yang telah  ditumbuk, air, santan dan bawang besar.
3. Masukkan kentang.
4. Kentang dah empuk,  masukkan sardin dan asam keping.
5. Masukkan garam.

 

 

Pilihan 3

Gulai Kuning Ikan Duri

Bahan – Bahan
6 ulas bawang merah*
1 inci inci kunyit*
4 hiris lengkuas*
3 tangkai lada kering*
3 cawan santan
Ikan duri 700 gm atau lapan ketul bahagian isi ikan duri yang telah diperap dengan garam semalaman
Secekak daun kesum
4 – 5 helai daun kaduk
5 keping asam gelugur ( wani letak banyak sebab saiz asam keping ni kecik, nanti kalau nak letak tu ikutkeperluan ya )
1 keping gula melaka
Garam

Cara – Cara 
1. Bahan -bahan yang bertanda * dimesin halus.
2. Satukan santan, asam gelugur dan bahan yang telah di blender halus ke dalam periuk dan kacau
hingga sebati sebelum letak atas dapur.
3. Masak santan bersama bahan kisar sehingga mendidih lama sikit, baru masukkan ikan duri, kacau
sikit baru masukkan garam.kena pandai rasa kuah tu ya sebab ikan tu pun dah diperap dengan garam
4. Masukkan gula melaka sekali serta daun kesum dan daun kaduk yang dicarik-carik.suai rasa sekali lagi biar seimbang.
5. Biarkan mendidih perlahan sampai naik minyak sikit santan tu dengan api perlahan.. Bila ikan dah nampak pucat kuah pun dah nampak pekat sikit,bolehla tutup api.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.