Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 13

Pilihan 1

Sotong Tauhu Telur Masak Kicap

Bahan-bahannya

2 peket tauhu telur – potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong – potong cincin
2 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – potong bulat
2 biji cili merah – hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin – (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)

Cara

Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
Masukkan kicap
Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

 

Pilihan 2

Sambal Lada Api Telur Rebus Goreng

Bahan-bahan:
Cili api
Lada besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dimayang
1 keping asam keping
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Rebus telur. Kemudian goreng telur rebus tersebut. Ketepikan dahulu.
2. Kisar cili api,  lada besar, bawang besar dan bawang putih.
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar,  kemudian masukkan asam keping.
4. Masukkan gula dan garam. Masak sampai garing.
5. Kemudian masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi.

Pilihan 3

Daging Budu Versi Noxxa

Bahan – Bahan 
1kg daging dihiris sederhana tebal
5 – 6 tangkai lada kering *
2 ulas bawang merah besar *
1/2 inci kunyit hidup *
4 hiris lengkuas *
20 tangkai lada burung hijau dan merah
1/2 keret gula melaka
3 keping asam keping
2 botol budu cap ketereh rujuk gambar

Ke semua bahan bertanda * diblend halus

Cara- Cara
1. Mula – mula sekali, letak ke semua bahan yang telah diblender, lada burung, daging, asam keping, gula melaka dan juga budu.Sebenarnya tak payah tambah air pun tak apa dah.Sebab daging tu keluarkan air, Tapi cuci lah bekas blender dengan air sikit.
2. Kemudian kacau rata sekejap
3. Tekan high pressure selama 35 minit dan tekan button on
4. Pastikan tombol ke pressure
5. Apabila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke pressure untuk lepaskan wap baru boleh buka tudung. Ok dah siap, nampak macam banyak air sebab air daging ni turun. Jadi kita kena didihkan sekejap ya.
6. Tekan stir fry dan tekan button on tunggu sehingga mendidih. Biarkan didih lama sikit ya sebab nak kurangkan air kuah sikit, Sebenarnya kuah kena pekat sikit baru sedap.
7. Ok dah siap didih. Tekan button off. Lagi banyak hari lagi sedap sebab rasa dah masuk dalam daging. Pedas lada pun hilang. Bertambah nasi kalau makan.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.