Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 11

Pilihan 1

Singgang Tulang

Bahan – Bahan 
1 kg tulang rusuk daging lembu
7 biji bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1.5 inci lengkuas dihiris batang mancis
1.5 inci halia hiris batang mancis
1 sudu besar biji ketumbar, disangai dan hancurkan hingga halus
4 keping asam gelugor
5 biji cili kering dibasuh bersih
Air letak paras tulang
Garam dan perasa secukup rasa
Belacan sebesar ibu jari

Cara – Cara 
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa dan high pressure selama 40 minit
2. Selepas bunyi beep, turn off dan biarkan injap turun sendiri tapi ambil masa lama sikit , kalau nak cepat nak makan terus boleh lepaskan pressure, letak garam secukup rasa dan hidangkan.

 

Pilihan 2

Sayur Goreng Style Cina

Bahan-bahan:
Daging
Bawang putih
Bawang merah
Kobis
Carrot
Cendawan kera
Soo hoon dan foo chuk direndam sampai lembut
Sos tiram
Minyak bijan
Cukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis daging. Boleh guna ayam atau seafood.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan semua sayur. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, minyak bijan dan cukup rasa.
4. Gaul sebati. Tunggu sehingga dah cukup masak.
Pilihan 3
Kuzi Kambing

BAHAN-BAHAN

1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.