KENAPA E-HAILING DRIVER MEMILIH BEZZA DARIPADA SAGA

Tahun 2021, proton saga dijual sebanyak 42,267 unit, manakala 42,698 adalah figure untuk perodua bezza pada tahun yang sama.

Namun, majority ehailing driver yang saya jumpa, bila pilih antara saga ataupun bezza, pilihan diorang, mostly adalah bezza. Kenapa driver pilih bezza, berbanding saga?

Perodua tak sponsor saya. Even masa jual kereta dulu, 4 commision aruz, perodua tak bayar saya. Dorang buat senyap.

Tapi saya, nak bagitau, apa yang customer saya, driver grab, bagitau saya, kenapa dia nak bezza instead of saga. Supaya kalau korang nak start buat ehailing, boleh buat pilihan lebih tepat.

Dua perbezaan ketara bezza dan saga sebelum ni, adalah saga, dia guna cvt transmission, and bezza guna 4at. Orang biasa cakap saga laju. Memang laju pun. Tapi atas highway la.

Sebab cvt conventional, dia punya nature, dicipta untuk convert engine power in plane manner. Instead of gigi biasa, dalam cvt, gearbox tu guna dua pulley and steel belt, and adjusted accordingly, mengikut speed yang kita nak.

Kalau macam 4at kan, kita kena revvvv, tuka gear. Revvvv tuka gear. Cvt tade. Dia plane dari low speed sampai lah ke top speed.

Cvt, highway speed, biasanya dia better dari 4at. Tapi driver ehailing, banyak main town. Kita jarang jarang nak masuk highway. Kita perlukan better responds untuk low end power.

Cvt ni mendatar. Jadi kepada sesetengah orang, dia boleh rasa macam cvt ni ada lag dia. Tapi tu bukan lag. Cvt tak bagi power band yang tinggi dekat engine. Sebab tu rasa lagi slow.

Tapi saga harini, berpatah balik kepada 4at. Cvt system paling baru, tapi patah balik 4at. Lain macam ye.

Saga yang datang dengan cvt, adalah saga dari 2011 ke 2019. Jadi driver e hailing yang bawak kete sehari suntuk. Nak la  jugak kereta power sikit kan. Avoid saga 2011 ke 2019.

Bezza, dulu, dan kini, masih menggunakan 4at. Adakah dia akan guna dcvt macam myvi ativa pada masa hadapan, kita tak tahu lagi. But nice jugak, bila ada dcvt dekat bezza.

Bukan driver ehailing je nak pakai bezza. Orang lain pun nak pakai bezza. Plus, dcvt secara keseluruhan, lebih baik dari proton punya cvt

Bila bercakap pasal ehailing, ruang tu memang penting. Bezza punya boot space, 508 liter, saga, 420 liter. Bezza ada 82 liter boot space yang lebih luas dari saga.

Kalau customer punya luggage banyak, for sure lah yang bezza ada lagi advantage. Bezza ada wheelbase yang pendek sikit dari saga. And bezza lebih tinggi dari saga,

Medium spec bezza, lebih mahal dari medium spec saga. Tapi Bezza, berat dia 140 kilo lebih ringan. Dia punya standard rim pun, dah 15 inch, instead of 14 inch dekat saga.

Bezza, dia guna electric power steering, tapi saga still guna hydraulic, walaupun kereta lebih berat. Kirenya bezza sebenarnya lagi safety.

Plus, bezza ada traction control. Saga takde. Lampu bezza pulak led. Saga still guna halogen.

Cvt , dia punya operation, tak akan overrev dari power band dia. Sebabkan character dia, cvt lebih fuel efficient dari 4at. Bermakna, saga cvt sepatutnya lebih fuel efficient daripada bezza.

Namun, final reading, bezza consume cuma 4.7liter per 100 kilometer. Saga, jarak yang sama, consume 6.7 liter minyak per 100 kilometer drive.

Bezza dinobatkan sebagai best fuel efficient sedan di malaysia, and kita sebagai ehailing driver, dah comfirm nak berniaga dengan kereta, guna petrol sepanjang masa, memilih bezza adalah pilihan yang lebih baik

Memilih gearbox Cvt, adalah salah satu cara untuk car maker hasilkan kereta yang lebih fuel economy. Namun gearbox bukan satu satunya penentu, yang kereta tu jimat minyak.

Ada beberapa lagi perkara yang effect fuel efficiency, which is aerodynamic, engine type, body size and weight, and axle ratio.

And for sure, punca paling kuat untuk kita as e hailing driver guna bezza, adalah reliability. Saga, reliability, okay. Tapi adakah cukup tahan lasak sebagai ehailing vehicle?

Lagipun ehailing memerlukan kita untuk drive dalam satu tempoh masa yang lama. Tak berbaloi untuk guna kereta yang lebih murah, tapi in future, banyak masalah datang.

Last last, masa and duit banyak dibuang untuk repair sahaja. Kan tak bagus untuk kita tu.

Perodua, secara general, datang motly dari toyota. And Toyota, adalah kereta paling tahan lasak di dunia. Kita nak guna mesin untuk berniaga.

Saya tak pandai sangat niaga, tapi kalau overall cost lebih rendah, kan profit yang kita dapat lebih tinggi.

 

 

zakirin

2 comments

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.