Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 10

Pilihan 1

Siakap Stim

Bahan-Bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk siakap steam:
    • 1 ekor ikan siakap
    • 2 batang serai
    • 1 mangkuk besar air
    • 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
    • 5 ulas bawang putih
    • perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
    • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
    • 6-7 biji cili padi
    • hirisan daun ketumbar
    • 1-2 sudu besar sos ikan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kukus siakap:
    1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
    2. Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
    3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
    4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
  2. Cara-cara untuk kuah cili limau:
    1. Panaskan air di dalam periuk.
    2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
    3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
    4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

 

Pilihan 2

Sambal Goreng Johor

Bahan-bahan:
Tempe
Tauhu
Soo Hoon
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Udang kering ditumbuk
Cili merah dan hijau besar
Kicap manis

Cara-cara:
1. Rendam Soo hoon dengan air biasa sampai lembut.
2. Potong tempe dan tauhu kecil-kecil kemudian goreng.
3. Hiris bawang merah, cili merah dan hijau besar.
4. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering.
5. Masukkan kicap manis dan air panas sedikit.
6. Masukkan tauhu dan tempe. Kemudian masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau besar.
7. Masukkan Soo hoon. Kemudian masukkan gula dan garam.
8. Gaul hingga sebati. Kacau seketika sebelum tutup api.

 

Pilihan 3

Ayam Blackpapper Cendawan Shitake

Bahan-Bahan:

7 Ketul ayam
7 biji cendawan shiitake,
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji bawang besar, potong 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar minyak masak
sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan garam secukupnya.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.