Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 9

Pilihan 1.

Sambal Ayam Bunga Kantan

BAHAN-BAHANNYA ๐Ÿ™‚

  • 1 ekor ayam- potong 12,cuci bersih dan toskan*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Garam secukup rasa*
  • Sedikit serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan bunga kantan untuk hiasan
  • 4 biji limau kasturi- ambil jusnya
  • minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :

  • 5 biji cili merah (Yatie guna 1 cwn cili kisar je)
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 2 camca besar udang kering, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :

  1. Ayam tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, Ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yg telah di goreng tadi dan gaul sebati. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api….Sedap di makan bersama nasi kegemaran anda.

 

Pilihan 2

Sup Sayur Pak Choy

Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Pak Choy
Soo Hoon Foo Chuk

Cara-cara:
1. Rendam Soo Hoon dan Foo Chuk dalam air biasa untuk bagi lembut.
2. Cuci sayu Pak Choy dan potong.
3. Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
4. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
5. Masukkan 1 cawan air. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan Soo hoon dan Foo Chuk.
7. Masukkan Sayur Pak Choi,ย  garam dan gula.

 

Pilihan 3

Ayam Goreng Sos Plum

Bahan:

dada ayam โ€“ dipotong kecil
sedikit lada putih,
garam dan tepung jagung
3 biji kentang โ€“ potong dan goreng kejap

Bahan A :

5 ulas bawang merah โ€“ dikisar
3 ulas bawang putih โ€“ dikisar
1 inci halia โ€“ dikisar
3 biji cili merah โ€“ dikisar

Bahan B:

3 sudu besar sos plum โ€“ guna brand life
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam

Cara memasak : Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.