Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 7

Pilihan 1

Tomyam Thai

Bahan-bahan
– 1 paket perencah tomyam
– 4 biji tomato
– 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
– 3 batang serai – diketuk
– 4 helai daun limau purut
– 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
– 2 ulas bawang merah
– 2 biji bawang besar
– 1 cm lengkuas
– lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
– 2 sudu besar sos tiram – optional
– 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

Pilihan 2

Sawi Sos Tiram

Bahan-bahan:
Bawang putih
Ikan bilis
Sawi
Tomato cherry
Cili hijau besar
Sos tiram

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
2. Masukkan sawi dan satu sudu sos tiram.
3. Masukkan tomato cherry dan cili hijau besar.
4. Masukkan garam dan gula.

Pilihan 3

Kepah Goreng Cili Berserai

Bahan – Bahan 
2 kg kepah
4 tangkai cili merah – ditumbuk kasar ( tak letak )
sedikit cili padi – ditumbuk kasar
1 labu bawang besar – ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
3 batang serai – diketuk
2 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun ketumbar – dihiris ( tak letak )
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara – Cara
1. Kepah dicuci hingga bersih.

2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk serta serai.
3. Apabila naik bau masukkan sos tiram dan kepah.
4. Tutup kuali seketika sehingga semua kepah terbuka.
5. Angkat tutup kuali, kacau sekata rasakan garam secukupnya.
6. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
7. Sedia dihidangkan panas.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.