Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 6

Pilihan 1

Kengsom Siakap

Bahan
– Ikan siakap
– Asam jawa
– Garam + gula + serbuk perasa
– Tomato
– Air

Bahan kisar
7-9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
20-30 cili kering
sambal belacan secukup rasa
kunyit debu @ kunyit hidup
cili padi secukup rasa, boleh tambah kalau nak pedas lagi

Cara membuat kengsom ikan siakap ala thai

1) Kisar dan tumis semua bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan air asam jawa 1 setengah cawan @ 2 cawan
2) Masukkan air biasa 1 cawan , kalau pekat sangat boleh tambah air sikit lagi.
3) Bila dah sebati masukkan garam gula + serbuk perasa
4) Masukkan ikan , dan biar hingga mendidih & ikan masak dan masukkan tomato

 

Pilihan 2

Sambal Tumis Udang

Bahan – bahan

  • 350gm udang saiz sedehana kecil
  • 3 Ulas bawang putih – dihiris
  • 250gm cili kisar
  • ½ Biji bawang besar – dihiris
  • 1 Sudu besar gula perang
  • 2 Keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Minyak untuk menumis
  • ½ Biji hirisan bawang besar
  • 3 Biji cili padi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak , tumis ½ biji hirisan bawang besar dan bawang putih hingga lembut dan naik wangi..
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan asam keping..masak sehingga pecah minyak..
  3. Tambahkan gula dan garam secukup rasa…kacau2 sebentar..
  4. Masukkan udang dan sedikit air..kacau rata dan biar mendidih sebentar..
  5. Akhirnya taburkan hirisan bawang besar , cili padi dan daun kucai..kacau2 sebentar hingga bawang sedikit lembut..rasa semuanya pun dah ok..matikan api..
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

Pilihan 3

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
Ayam
Carrot
Kacang panjang
Bawang Holland

Cara-cara:
1. Goreng carrot separuh masak.
2. Masukkan bawang holland dan kacang panjang.
3. Masukkan ayam yang dah digoreng dengan kunyit.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.