Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 4

Pilihan 1

Siakap Bakar Berempah

Bahan – Bahan : 
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air
Cara – Cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
3. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil.
4. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya.
5. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.
6. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
7. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
8. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi.
Pilihan 2
Sardin Tomato Ceri
Bahan-bahan
  • Sardin tin
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Cili padi
  • Tomato CeriCara-cara:
    1.  Tumis hirisan bawang putih,  bawang merah dan halia sehingga wangi.
    2. Masukkan sardin tin, cili padi,  tomato ceri, garam dan gula.

 

Pilihan 3

Daging Masak Hitam

Bahan bahan:

250g daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar potong gelang
Cili kisar – ikut pedas mana

Bahan Kisar:
1 batang serai
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji buah keras

Cara cara:

Rebus daging sampai empuk. Nak cepat boleh rebus dalam pressure cooker. 15 minit dan empuk. Angkat dan ketepikan. Rebusan air daging jangan buang.

Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.