Kenapa Makin Banyak Pam Minyak Terbakar Di Malaysia

March 14 2022,  saya tengok berita, ada stesen minyak di pasir mas, terbakar sebab perbuatan mengisi minyak ke dalam tong. Tapi saya pikir kejap….asal berita macam ni dah macam makin common?

Cek cek cek, September lepas dah ada terbakar dekat seri kembangan, bulan july ada jadi dah pun, dekat sibu.

Bila search cerita macam ni globally, dia jadi hampir setiap minggu. Kenapa makin kerap stesyen minyak terbakar?

Untuk latest case, kebakaran pasir mas ni terjadi sebab sorang driver kancil ni, cuba seludup minyak ke dalam tong, yang diletakkan kedalam kancil tu.

Tapi siapa yang ada generator, yang ada bot, memang masuk minyak dalam tong dulu pun. Kiranya isi minyak dalam tong bukan benda yang pelik dekat malaysia, and tak ada beza pun dengan masukkan minyak dalam tangki minyak.

Kalau macam tu, kita tengok dulu, punca pam minyak terbakar secara general.Most cases yang berlaku di pam minyak adalah dari static electricity.

Pernah tak kita sentuh orang lain and tiba2 rasa macam kena renjat electric? Tu static electricity. Tak buat pape pun tapi sentuh je, kene letrik. Kalau bukan muhrim, lagi tekejut.

Kita ada proton, electron, neutron. At some point, kita ada excess electron, iaitu negative charge. And bila kita tersentuh dengan any positive charge macam tombol pintu besi, atau orang yang tak create excess electron, lahir lah static shock.

Dari global statistic report, 2014 ke 2018, 4,150 kebakaran average berlaku di station minyak setiap tahun. Dari 4 ribu tu, 56% datang dari vehicle fire sahaja. Bermakna static electricity lebih merbahaya dari yang kita sangka.

Macam kes sibu jugak, at that time lori tangki minyak tengah masukkan minyak ke tangki storage bawah tanah.

Lori tu isi isi, ada van slow slow masuk pam minyak tu, and tiba tiba, ada percikan api, tebakar lah tempat isi minyak tu. Sebab perickan api yang kecik, bagi kebakaran besar di pam minyak.

Untuk kereta kita, kereta yang makin modern, akan lebih convenience kepada driver and user. Dulu nak start kereta pakai kunci, harini pakai push start. Next time, pakai niat.  Tapi kalau perasan, tempat isi minyak tetap tak berubah.

Bila kita bukak fuel tank door, benda alah ni dia takkan terbuka habis. Everytime pun kita kena jugak tarik sampai habis dengan tangan dulu, baru bukak fuel cap, masuk miyak.

Namun, ini adalah sequence yang disengajakan, sebab car maker nak kita sentuh jugak dulu fuel tank door, which is metal, sebab nak make sure yang kita tak ada excess electron yang boleh appear as negative charge.

Dari situ, baru kita boleh dapatkan pengisian minyak yang lebih selamat. Dekat petrol station, biasa tengok tanda jangan merokok atau guna handphone.

Untuk make sure yang tak ada static electic occur masa isi minyak, masa tengah ngisi tu, jangan keluar masuk kereta.

Dah abis isi minyak, baru keluar masuk balik, sebab movement kita, buka tutup pintu, baju and car seat bergerak, benda benda ni create static electric.

Balik kepada pasir mas dengan kancil golek tadi, driver kancil ni dia cuba untuk seludup minyak, probably to siam. Bila nama seludup, quantity yang diperlukan untuk mengisi minyak adalah besar. Tong yang yang digunakan bukan jenis yang sesuai sebagai fuel tank, jenis plastic, and lubang untuk isi minyak tong tu sendiri terlalu besar. Dari situ, kebakaran berlaku.

Kenapa makin banyak incident yang hampir sama , berlaku?

Even malaysia punya registred vehicle, data 1996 ke 2020, obviously bilangan kereta semakin banyak, daripada bawah 5 juta, sampai ke 17 juta.

Bilangan kereta yang makin banyak, memberi lebih banyak peluang untuk ralat ralat berlaku. Bukan kemalangan dekat station minyak je pun. Accident atas jalan pun, sama makin banyak.

Pada saya, benda benda api ni, kita memang kena tak extra precaution. Bukan cerita pam minyak je. Dekat rumah, dekat luar. Time drive pun, kereta boleh tebakar.

Jadi, andai kata, kita berdepan dengan situasi situasi genting macam ni, make sure untuk jauhkan diri dari api, lepastu dapatkan bantuan dari orang sekeliling. Lagi ramai orang tolong, lagi cepat api dapat diredakan.

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.