Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 3

Pilihan 1

Sambal Sotong Berempah

Bahan – Bahan 

  • 1kg sotong basah – dikerat 3 @ 4
  • 2 senduk nasi cili kering kisar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk teh ketumbar
  • 1/2 biji tomato -dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 3 ulas bawang putih -dicincang kasar
  • 1 biji bawang besar – dipotong bulat @gegelang
  • 1 biji cili hijau -dihiris serong
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara – Cara : 

1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih yang dicincang kasar tadi. Tumis sehingga naik bau dan bawang layu dan bertukar warna.
2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata. Masak menggunakan api sederhana sehingga cili garing/terbit minyak.
3. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan putih, serbuk ketumbar, dan garam masala. Kacau dan biar ia mereneh di atas dapur selama 1 minit. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau.
4. Masukkan sos tiram, Kicap Lemak Manis Enaq, perencah Maggi Cukup Rasa, garam, dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih.
5. Kemudian masukkan pula tomato.
6. Setelah cukup rasa bolehlah dimasukkan sotong. Kacau dan kaupbalikkan sehingga sotong bergaul mesra dengan kuah.
7. Setelah sotong masak, bolehlah dimasukkan bawang besar yang dipotong bulat dan hirisan cili hijau. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

 

Pilihan 2

Kangkung Goreng Thai

Bahan-bahan:

  • Kangkung
  • Fish Sauce (nampla) (jenama Knife)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Udang kering
  • Cili merah besar

    Cara-cara:
    1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering.
    2. Tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan kangkung.
    3. Letak sikit sos ikan Thai.
    4. Masukkan gula,  garam dan cili merah besar. Gaul sebati.

 

Pilihan 3

Kerabu Sotong

Bahan-bahan

  • 5-6 ekor sotong
  • 1/2 biji bawang besar hiris halus
  • 1/2 biji tomato didadu halus
  • 1 batang bunga kantan. Hiris halus.
  • 1 batang serai hiris halus
  • 1/2 batang Cili merah hiris halus
  • 5 sudu besar sos ikan
  • Air perahan limau
  • 1 batang kacang panjang dihiris halus
  • Sedikit daun ketumbar dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Potong sotong dan celur dalam air panas. Ketepikan. Kacau rata dengan bahan2 lain..
Tambahkan sikit air celur sotong tadi untuk berkuah

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.