Ramadan Special : Resepi berbuka sepanjang bulan. Day 2

Pilihan 1

Ayam Kukus Ikan Masin

Bahan – Bahan

  • 3 peha ayam ( potong jadi ketulan )
  • 50gm ikan masin ( potong jadi ketulan, digoreng )
  • 2 sudu hirisan halia
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • kicap cair dan kicap pekat secukup rasa
  • 1 sudu teh tepung ubi ( wani guna tepung jagung )
  • 3 sudu airCara – Cara
    1. Gaulkan ke semua bahan dan perasa , perap selama 30 minit dan boleh kukus.
    2. Kukus tu dalam 20 minit tengoklah rasa macam ayam dah kecut dan masak bolehlah angkat.

 

Pilihan 2

Masak Lemak Cili Api Tenggiri

Bahan-bahan:

  • Ikan Tenggiri dah siap goreng kunyit
  • Ikan bilis
  • Terung
  • Cili Padi Kampung
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Asam Keping
  • Santan
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Blend ikan bilis,  bawang putih, bawang merah,  kunyit hidup dan cili padi kampung.
2. Masukkan air,  bahan yang dikisar dan asam keping dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan sekotak.
3. Masukkan ikan dan terung.
4. Masukkan garam dan gula.

Pilihan 3

Paru Goreng Berlada

Bahan rebus:

  • 700 gram paru
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai – ketuk
  • Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:

  • 9-10 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan lain:

  • 1 batang serai – ketuk
  • 2 sudu besar gula atau secukupnya
  • Garam
  • 1 keping asam keping

Cara cara:

  1. Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
  2. Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
    Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
  4. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.