Ikan bakor versi ganung kite

Bahan kisar halus:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Belacan besar hujung jari
  • Serai 4 batang
  • Cili api 7 biji( x suka pedas x pyh letak)

Bahan potong:

  • Bunga kantan 1 btg
  • Daun kesom 1/2 ikat
  • Daun limau purut 6 helai

Bahan lain:

  • Nisang 1/2 kerek
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Perasa
  • Minyak masak
  • Cili boh 4 sudu besar
  • Air asam jawa 1 mangkuk kecil

Cara membuatnya:

Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar halus. Tumis smpai baik bau. Lepas tu masukkan cili boh. Tumis smpai pecah minyak. Masukkan nisang. Biar sehingga nisang cair. Masukkan air asam jawa. Biar mendidih. Lepas itu masukkan bahan mayang. Akhir sekali masukkan garam gula dan perasa. Masak dgn api kecil dalam 1 ke 2 jam. Biar rempah ikan bakar bertukar menjadi gelap dan kuahnya pekat. Siap.

* Bila bakar ikan dan ikan setengah masak boleh letakkan rempah ikan bakar..tutup bekas bakarnya…masa bakar bergantung kpd jenis ikan…

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.