Pensyarah hina B40

SEJAK pandemik Covid-19 melanda, landskap pendidikan negara juga telah banyak berubah.

Paling ketara tentunya kelas secara atas talian (online) yang mana ia boleh diakses menggunakan telefon pintar, laptop, tablet dan komputer.

Pada lewat malam Selasa, seorang individu di Twitter berkongsi rakaman video kelas online, memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer.

“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?” soal pensyarah tersebut.

Jawab pelajar lelaki itu, dia menetap di Seremban, Negeri Sembilan dan bapanya tidak bekerja manakala ibu pula sudah tiada.

“Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.

“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.

“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” ujar penyarah tersebut.

Dalam video sama, pensyarah itu juga sempat berkongsi kisah zaman mudanya yang mana dia sanggup berkorban demi pelajaran.

“Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important the computer, very very important. Hanya RM800 saja beli komputer.

Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. OK kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah,” ujar pensyarah tersebut.

Rakaman yang dikongsi pada pukul 11.43 malam itu pantas meraih perhatian netizen sehingga meraih sejuta tontonan dalam masa beberapa jam.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap ahli akademik bertaraf profesor itu sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kurang enak.

 

 

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.