Bapa berang anak diraba pemandu

Semalam bini aku mengadu dekat aku, katanya dia pelik anak perempuan aku sorang ni ada whatsapp dia.

“Ibu, esok boleh tak suruh abang anish hantar neno pergi sekolah? Driver ni suspicious lah”

Bini aku balas balik, anak aku dah tak reply dah. Dia tidur dari balik sekolah sampai ke sudah. Malam tu aku suruh bini aku jumpa anak perempuan aku ni, tanya dia apa dah jadi. Sembang punya sembang, bini aku jumpa aku. Bini aku cakap driver sekolah ni memang dah melebih-lebih. Anak aku takut nak bagitau dekat aku katanya.

Aku panggil anak aku, aku suruh cerita. Menangis-nangis dia cerita. Katanya dia orang pertama yang driver ni ambik pukul 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan. First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi. Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.

Dia kata jangan risau. Takda apa-apapun. Dia tanya anak aku, ada nombor whatsapp tak? Dia bagi keychain ada nombor whatsapp dia. Dia kata nanti add lah. Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat cadbury pulak.

Aku dengar, menggelegak darah ni. Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang. Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni. Dia whatsap melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.

Ni pagi ni, aku tunggu dia datang. Aku dah tak kisah siapapun dia. Ni untuk pengajaran. Entah berapa ramai agaknya dah jadi mangsa dia tapi tu lah, budak-budak kecik yang tanpa pendedahan hal seksual ni, memang tak akan berani bagitau mak ayah. Diorang jadi konfius. Mak ayah percaya ke dia? Ke benda ni kecik sangat untuk dia bagitau? Part ni penting bila takda pendedahan. Kesian ke anak. Anak aku ni memang hari-hari aku suruh mak dia ingatkan dia pasal sentuhan, pasal seksual bagai ni, supaya dia alert dan berani nak bagitau. Sesiapa je sentuh tempat-tempat sulit, meraba-raba badan dia, tak kisah abang dia ke pakcik dia ke cikgu dia ustaz sekolah dia ke atuk dia ke, dia kena bagitau.

Tu bukan benda kecik, tu wajib bagitau tanpa boleh rahsia.

Guys, pendedahan pasal seksual ni jangan bawak main. Lagi-lagi bab anak perempuan, kena alert. Selalu tanya, selalu bagi ruang pada diorang supaya tak malu dan tak takut untuk ceritakan pada kita. Bagi anak ni selesa untuk bercakap isu seksual ni walaupun sekecil-kecil cerita. Kita lah kena terangkan dekat dia nanti. Aku rasa aku orang first yang pelempang driver ni kot, selama ni semua orang ambik pendekatan diam diri je dan anggap benda ni kecik.

Kebanyakan kita keliru tentang batas seksual ni. Setakat kena pegang tangan ni satu kesalahan ke? Kena tepuk punggung ni kira gangguan seksual ke? Kena gosok-gosok peha ni kesalahan berat ke? Pegang dada je ke baru di panggil cabul?

Ramai keliru dan tak pernah tahu pun. Last sekali bila dah baca segala pendedahan. Baru teringat, kita dulu pun pernah kena situasi macam ni. Dengan ustaz sekolah, dengan driver bas, dengan ramai orang tapi tak pernah tahu pun ni satu kesalahan berat. Kita cuma keliru je waktu tu dan last sekali ambil pendedahan jarakkan diri je lah. Tak bagitau siapa-siapa.

Si predator ni lepas macam tu je. Menang main psikologi pada kita. Kalau dulu kita tak tahu apa-apa dan biar semua ni terlepas macam tu je, hari ni jangan bagi anak kita pula jadi mangsa dekat luar sana. Kita dah tahukan semua ni satu jenayah seksual? Hari ni dia pegang-pegang, esok dia bawa balik rumah pulak. Ingat anak berani ke nak cerita kalau dah jadi benda sedasyat tu?

Psikologi pasal seksual ni, predator ni akan mainkan sampai kita keliru. Dia akan bawa watak caring, bawak watak sebagai orang yang jaga kita, yang baik sangat. Bila dia raba kita tu, kita jadi serba salah. Jadi tak menentu. Bagitau mak ayah kang, kesian pulak nanti predator ni kena sebab predator ni orang baik.

Ni orang panggil sex grooming. Dia main sentimen macam-macam sampai kita kalah dan terpaksa ambil pendekatan diam diri. Last sekali lepas lama dah jadi, kita pun baru tahu semua ni satu kesalahan seksual. Kita pun buat pendedahan. Orang yang dengar pulak, pandang sinis pada kita. Katanya kenapa sekarang baru tiba-tiba nak buat pendedahan? Ada niat apa-apa ke? Ke saja nak fitnah atas kepentingan sendiri?

Mental tak?

Mungkin orang lain akan pertikai pasal aku pukul orang ni. Ya memang salah. Ni biasalah, anak dia tak kena cabul lagi kan. Aku pukul tak melebih pun, lebih pada peringatan pada dia. Sebab tu aku handle benda alah ni sorang-sorang, tak panggil orang lain. Niat aku memang untuk pengajaran dia. Dan untuk bukak mata pada semua ibu bapak luar sana, kalau bukan kita yang pertahankan anak-anak kita, siapa lagi anak kita nak berharap?

Apalah sangat kena denda, kena tahan, jika nak bandingkan dengan trauma yang anak aku akan hadap. Maruah anak aku lagi. Sekurang-kurangnya anak aku tahu, aku bapak dia yang tetap akan ada pertahankan dia kalau ada orang cuba-cuba ambik kesempatan pada dia.

P/s : Aku dah menghala ke balai polis untuk buat report. Ikutkan hati jantan, aku kesian bila fikirkan driver ni ada family, ada anak, ni cari makan diorang. Tapi kalau semua orang fikir kesian pada dia, siapa nak kesian pada mangsa-mangsa yang sampai sekarang masih trauma? Atas dasar tanggungjawab, aku rasa aku kena buat report juga. Pengajaran buat semua yang terlibat dengan jenayah seksual ni. Dan sebagai motivasi buat semua anak-anak perempuan yang menjadi mangsa golongan ini. Aku rakam ni sebab nak ada bukti je kot takut dia pusing cerita lain kan.

Sumber

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.