Will Smith Tampar Chris Rock- Adakah TV Al Hijrah Akan Panggil Will Smith?

Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).
 
Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.
 
Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
 
Di ruangan komen facebook media malaysia, terdapat pelbagai reaksi dan meme di sekeliling berita yang datang daripada netizen malaysia, dan salah satunya adalah mengaitkan cerita alhijrah bersama kisah daripada oscars
 
Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
 
Namun, Rock tidak menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan Smith yang juga calon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard.
Gurauan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membintangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.
 
Kepada Smith, apa yang disebut Rock bukan lagi gurauan, sebaliknya, tindakan itu satu penghinaan.
 
Seluruh penonton yang menghadiri acara anugerah itu tergamam melihat apa yang berlaku di pentas.
 
Menurut laporan portal berita antarabangsa, ejen publisiti Smith, Meredith O. Sullivan bergegas menuju ke arah pelakon ternama itu dan mengajaknya berbincang ketika siaran berhenti rehat.
 
Turut kelihatan pelakon senior, Denzel Washington yang mengajak Smith untuk berbincang secara tertutup.

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.