5 SUV Terpakai Yang Korang Patut Beli

Kita semua nak beli suv dengan sebab yang tersendiri. Tinggi, bonet luas, and ofcourse, trend. Suv for sure sangat sesuai untuk kita yang berkeluarga, and suv selalunya akan tick semua checklist kita as a family car.

Tapi satu masalah. New suv lebih mahal daripada segment kereta lain, bila dibandingkan pada segi technical. Mahal sangat. So why don’t we buy, prewoned? Save duit kita. Dengan syarat, pilih kereta yang betul.

Saya akan tunjuk 5 suv yang patut korang beli, dari segi reliability, fuel economy and after sales service. List ni tak ada order siapa yang terbaik. Simply as a choice.

Ativa advance

Perodua ativa advance ada features yang sangat hebat, untuk harga yang sangat berpatutan. Mesin rebadge jepun ni, boleh kata baru lagi dalam market.

Tapi masa korang tengok video ni, masa tu akan ada much more preowned option yang  korang bleh pilih. Ativa advance memiliki adaptive cruise control features dengan lane keep assist.

Meaning, dari johor ke kedah, takyah pegang steering and pedal….tapi driver tak boleh tido la

Kalau features ni datang dari car maker yang unreliable, ambik kereta, minggu depan masuk bengkel pulak, masa tu saya tak akan percaya satu pun features yang diiklankan. Lagi banyak features, lagi saya eeee.

Tapi ativa adalah kerjasama Toyota Daihatsu. Car maker yang spend billions of dollar for r&d untuk make sure everything is reliable.

Ativa sales 2021 adalah salah satu darpada suv sales paling tinggi di malaysia. Kalau trend ni berterusan, bermakna spare part akan jadi lebih mudah untuk kita access.

Lepastu community membesar, and makin mudah untuk kita gain knowledge berkenaan ativa. Itu kelebihan apabila kita beli kereta popular.

Dalam dunia suv, ativa bukanlah yang paling luas. In fact, ativa ni duduk dalam kelas compact suv. Kirenye, untuk keluarga 4 generasi, nenek moyang, tak mencukupi.

Tapi untuk family of 4, ativa dah cukup luas, dengan budget kita, and features yang sangat baik.

Ativa slow. Betul ke? Cc 1000 turbo, kepada sesetengah orang, slow. Tapi sape kisah power, kalau spenajang masa atas highway, kita guna cruise control?

Perodua aruz/Toyota rush

The main difference antara aruz and ativa adalah size and features. Aruz pun mahal sikit.

Tapi kepada sesiapa yang perlukan ruang yang lebih luas dari 1st car tadi, dan tak perlukan features macam mana ativa advance offer, Aruz is a very good choice.

Tapi Aruz bukan tade features lansung. Dia still ada banyak features dari BRV.

Aruz is a very good choice. Bukan sebab saya banyak jual aruz. Tapi sebab dalam banyak2 kereta yang saya jual, tak ada sorang pun owner aruz yang patah balik dekat saya berkenaan repair.

Customer myvi, ada 3 4 orang jugak yang call balik tanya macam mana nak claim warranty. Biasanya fuel pump lah. Tapi aruz lansung tak ada call. Tenang je semua.

Satu pasal aruz ni, dia rebadge dari Toyota rush. And Toyota rush sendiri, assembled dekat kilang yang sama, perodua aruz dikilangkan. sungai choh, rawang. Blakang rumah saya.  Finishing je dekat bukit raja.

3rd row seat aruz, tak besar sangat. Sape pernah naik unser, avanza. Dia kearah size macam tu. Tapi still, masih cukup tahan lasak, features yang cukup baik, and penggunaan minyak yang tak dahaga.

Sama macam ativa tadi, aruz datang dari r&d Toyota. Meaning, kita boleh expect after sales service yang cukup baik secara keseluruhan.

Honda HRV 2013- (2nd gen)

Untuk Malaysian market, Honda ada fan base yang agak kuat, dengan design yang overall agak menarik. Dari segi quality, sama jugak dengan Toyota, Honda adalah sebuah kereta yang reliable. You cant go wrong with Honda.

Mind you, Honda used car, harga masih lagi mahal, compared to car brand lain. Tapi tu kita boleh expect, sebab demand Honda as a brand, dekat malaysia sangat tinggi.

Walaupun aesthetic value adalah perkara subjective, saya personally rasa yang Honda hrv sebagai kereta yang cantik. Yang 2022 punya model pulak, lagi lah lawa.

Bahagian depan nampak rugged, saya hampir terbeli satu.  Saya tak jadi beli sebab saya takde duit.

Satu keburukan je yang saya prasan. Infortainment untuk market malaysia, macam tak kena dengan harga. Lepas tu taka da aircond belakang. Itu je. Selain daripada tu, hrv is a good suv.

Hrv ada adik beradik dia, mengikut saize, brv, hrv, and crv, dengan crv as the biggest option. Kirenya untuk used car market, korang actually boleh pilih Honda suv mengikut bajet korang.

Tade bajet? Brv angkut. Features tak banyak macam aruz, but still a Honda. Dapat bonus? Go for CRV

2003-2008 lexus rx

Harrier dah hebat kan? Lexus rx dekat level atas dia. Kewujudan lexus daripada Toyota adalah sebagai luxury counterpart dari car maker yang yang besar.

Perbezaan paling ketara Antara dua brand ini adalah penggunaan material dari segi interior, ergonomic yang lebih baik dan luxurious feel overall.

Lexus rx brand new adalah kereta yang agak mahal. Tapi kalau tak mampu beli baru, kita beli pre owned. Range dari 34k ke 55k.

Dalam list ni, lexus rx adalah yang paling tua antara semua, namun, lexus reliability sangat baik, on par or above, Toyota.

Meaning, for a model below 20 years, as long as kereta tu di jaga dengan baik, kita tak akan ada major problem sepanjang hidup dia.

The only reason yang used car price tak melebihi 60k adalah kerana umur melebihi 10 tahun, and features yang dah outdate.

Tapi satu pasal lexus ni, dari segi features ni, even brand new, saya nampak yang dia memang outdated pun dari brand lain. Tapi saya paham kenapa.

Dia tak perlu untuk kejar technology, kalau perbuatan tu merosakan kereta untuk jangka masa panjang. R&d habis2, make sure elok. Baru jual.

 

2008-2015 fortuner

Range dari 45k to 89k depending on year and specs, Toyota fortuner adalah suv paling besar dalam list ni. Ativa kecik kan? Ambik fortuner.

The only reason fortuner ada dalam list ni adalah sebab land cruiser used still terlalu mahal untuk kita even consider buying, and cc yang terlalu besar.

Tapi fortuner ni sendiri dah gedabak. Besar sangat sampai fortuner yang parking dalam Toyota showroom kelana jaya, tempat saya review Toyota, fortuner muat muat je dalam tu.

Untuk Malaysian market, kita ada option 2.5 liter diesel, and 2.7 liter petrol. Kita pun tahu yang Toyota adalah kereta yang solid reliable and bulletproof. Macam mana Toyota dapat tittle tu?

Jawapan dia, dari land cruiser, prado, and fotuner. 3 model ni yang dah pergi ke Negara yang gila kereta beasr macam usa, sampai lah ke middle east country, and masih ada lagi model 30 50 tahun lepas yang masih mampu berjalan tanpa ada masalah major.

Fortuner ada history of reliability yang sangat baik. Kalau kita boleh go on budget, kita tak akan ada masalah dengan Toyota fortuner.

zakirin

2 comments

  • assalamualaikum , maaf lari sedikit topik . saya nak bertanya untuk tahun 2022 ini adakah proton inspira 2nd adakah berbaloi untuk dibeli dan sukar atau tidak sparepart untuk proton inspira ini di pasaran. terima kasih

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.