Resepi Ayam Kyochon Paling Senang And Sedap!

Bukan nak cakap apa lah. Kita bab bab ayam korea ni, memang geram sikit. Tapi tu lah, kita punya dompet pulak tak tebal nak makan kyochon hari hari.

Tapi tape, kalau tak boleh makan sana, kita buat sendiri kat rumah, dengan cara paling senang, and dengan rasa setepat mungkin.

jom.

Bahan-bahan yang diperlukan

• minyak masak secukupnya

Bahan untuk ayam goreng :

• 8 ketul ayam (bahagian wing dan drummets)
• 1 biji telur
• 1 sudu kecil lada hitam
• 1/2 cawan tepung jagung
• garam secukup rasa

Bahan untuk sos pedas :

• 3 ulas bawang putih
• 3 biji cili merah
• 3 sudu serbuk lada
• 4 sudu besar sos cili
• 3 sudu besar madu
• 1 sudu kecil lada putih
• sedikit perahan limau
• sedikit bijan
• garam secukup rasa

Cara-cara membuat Ayam Goreng Korea

1. Gaul ayam bersama lada hitam atau lada putih, telur, sedikit garam dan tepung jagung.

2. Goreng sehingga masak keperangan

3. Asingkan ayam goreng tersebut dan mula tumis sos pedas

4. Tumis bawang putih dan cili api sehingga wangi

5. Masukkan serbuk lada dan kacau sebati

6. Masukkan sos cili dan madu. Gaul rata

7. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa

8. Boleh masukkan perahan limau kalau suka

9. Masukkan ayam dan gaul rata biar sos melekat pada ayam goreng

10. Masukkan bijan

Siap!

Korean seasoned fried chicken

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.