Terjerut atau dijerut?

 
Baby Syifaa dijerut bukan terjerut!
 
 
Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12.30 tengah hari. Pengasuh masuk memeriksa Baby Syifaa sekitar jam 3.00 petang dan melihat Baby Syifaa terjerut di dalam buai dalam keadaan tergantung.
 
Namun, sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!
 
Polis membuat siasatan berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh Pengasuh dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 tapi sehingga ke hari ini kes belum dituduh di mahkamah.
 
Buai yang menjerut Baby Syifaa adalah buai kain yang seperti “jaring”. Itulah yang dikatakan oleh Pengasuh semasa siasatan polis. Tapi timbul keraguan, kain yang menjerut leher tidak meninggalkan kesan (lebam) berbentuk satu garisan lurus.
 
Tak percaya, cuba ambil kain jerut leher sendiri. Tidak perlu lama, cukup 2 minit. Kain tidak akan tinggalkan lebam lurus satu garisan.
 
Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa. Aku tak mahu bising sebelum ini kerana memang aku tunggu dan lihat apa tindakan akan berlaku dalam 30 hari.
 
Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.
 
Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Gambar kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa ini dihantar kepada pakar forensik di luar negara. Tahu apa pandangan mereka selepas melihat gambar ini?
 
Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.
 
Justeru, siasat semula kes kematian Baby Syifaa, Polis perlu siasat kedua-dua Pengasuh, kedua-dua suami selain seorang lagi adik perempuan kepada Pengasuh yang kononnya tidak bertugas sepanjang bulan Februari.
 
Jika aku boleh fight untuk orang lain, mustahil untuk aku berdiam diri dalam kes yang membabitkan anak aku sendiri.
 
Aku akan membuat permohonan rasmi kepada AGC dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Aku bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa.
 
 
 
Manakala pihak polis pula menafikan perkara tersebut.
 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata siasatan kes kematian bayi perempuan berusia 15 bulan itu adalah menyeluruh termasuk menggunakan bantuan Jabatan Perubatan Forensik.

“Siasatan kes itu sudah lengkap dan sudah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Apa arahan seterusnya saya tidak dapat komen, kita tunggu sahaja,” katanya selepas Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, hari ini.

Beliau mengulas luahan rasa tidak puas hati ibu bapa bayi berkenaan di Facebook yang mendakwa anak mereka dijerut sebelum hantaran itu tular sejak malam semalam.

Nanda berkata, hingga kini polis tidak menerima aduan secara rasmi daripada ibu bapa bayi berkenaan dan hanya mengetahui dakwaan itu melalui media sosial.

Nanda berharap ibu bapa bayi berkenaan dapat bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham kepada mana-mana pihak.

“Itu cuma anggapan bapa mangsa sahaja, kami tidak boleh kata apa. Dari sudut polis, kami sudah pun melakukan siasatan secara terperinci dengan merakam percakapan semua pihak berkaitan,” katanya.

Media pada 23 Februari lalu melaporkan Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya tersangkut pada kain buaian pusat asuhan itu.

sumber

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.