Harga Kereta CKD Bakal Naik 20% Tahun Hadapan. Beli Kereta Sekarang

KUALA LUMPUR: Harga kereta yang dipasang dengan cara completely knocked-down(CKD) dijangka untuk naik dari 8 peratus ke 20 peratus pada tahun 2023, berdasarkan open market value (OMV) yang baru dari kiraan eksais

MAA president Datuk Aishah Ahmad berkata, bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.

Duti eksais tersebut ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung 2022, dan akan dijalankan semula bermula tahun hadapan.

 

Kita (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk kembali kepada polisi yang lama di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan itu

Beliau berkata OMV merupakan nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.

Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Dis, 2019.

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.