5 Kereta Yang Tak Akan Sampai 50k Mileage

Harini kita nak tengok 5 kereta yang tak akan bertahan dari 50ribu mileage ke 100ribu mileage. And of course semua kereta pun boleh mencecah 100ribu mileage, bila kita gadaikan semua harta kita untuk repair, tukar engine, tukar transmission.

Saya akan mention kereta yang tak akan bertahan, apabila kita cuma tukar minyak hitam and oil fiter, and jaga kereta dengan baik. Kereta yang tak akan bertahan sebab tak pernah dibina dengan baik.

Proton savvy amt

Proton savvy adalah kereta yang agak rojak. Renault engine and transmission, lotus handling, proton brand.

Savvy pernah dijual dengan option manual ataupun amt, shortform auto manual transmission, and amt ini adalah system yang paling teruk yang saya pernah drive.

Savvy atas highway handling sedap, and feel sangat tegap. Tapi handling datang dari lotus. Bermakna memilih Renault as a powertrain adalah pilihan yang salah.

Amt ni, tengah tengah Antara manual, dengan dual clutch. Amt dalam Renault, nama dia quickshift5….. Rosak pun quick jugak. Manual, datang dengan satu clutch. Untuk clutch engagement, kita akan guna clutch pedal as control.

Dual clutch, dct, sama dengan nama dia, ada dua clutch. Satu untuk engine, and satu untuk transmission. Bermakna transmission and engine boleh independent antara satu sama lain, tanpa clutch pedal.

Amt atau quickshift5 ni pulak, dia nakkan dual clutch punya sequence, automatic tanpa torque converter, tapi nak guna satu je clutch.

Apa dia buat, dia guna HYDRAULIC PRESSURE PUMP untuk engagement clutch, and fully controlled by ecu. Maknanya robot kawal clutch instead of kaki kita. Auto biasa taknak. Nak robot jugak.

Result dia, transmission yang gagal.

Mini cooper cvt 2007-2010

Mini tahun 2007 ke 2010, adalah model yang patut kita elakkan. Mini cooper adalah kereta yang korang patut avoid, and kalau teketik ketik jugak nak mini cooper, everything but 07 to 10.

Mini satu masa dulu, dibina, solid reliable. And harini, mini dah tak ikut reliability dia satu masa dulu. Apa yang dia ikut hanyalah mini as ruang yang mini.

Mini punya engine bay terlalu padat, even fan belt replacement perlukan special guideline untuk access. Unaccesible maintenance, adalah recipe for disaster, and mini adalah Antara kereta paling unreliable di market sekarang.

Wiring kereta adalah item yang sangat sensitive. Mini coopers headlight wiring terlalu nipis, wiring melt and fuse together sebab insulation hilang and bare metal bersentuh dengan bare metal.

Timing chain, oil pump, oil line, water pump, Antara item item yang susah kita nak capai, tapi dia for sure akan rosak. Of course kita boleh jangka benda ni. Mini cooper owned by bmw! Benda Mahal Woi.

Even owner yang claim mini dia tak pernah rosak, dia create habit untuk cek kereta dia setiap masa, sebab dia tau, bmw punya penyakit, dia berjangkit.

Naza ria

Naza ria adalah rebranded first generation kia carnival for Malaysian market. Harini naza ria dilengkapi dengan masalah yang major, macam transmission problem and cooling problem.

Tapi masalah tu datang sejak anak gajah ni dijual dari tahun 2002 pun lagi. Anak gajah suka keluarkan teh Tarik dekat coolant dia. Ni common problem dia.

Teh Tarik ni maknanya coolant line bocor and bertemu dengan engine oil punya crack. Minyak hitam bercampur dengan air coolant, jadilah teh tarik.

Naza ria harini yang mampu berjalan tanpa major problem, kebiasaannya adalah naza ria yang dah bertukar engine kepada Toyota 2mz, atau cefiro, atau engine yang sesuai untuk engine bay ria.

Naza ria adalah kereta yang cukup besar untuk keluarga. Bila kita on budget and looking for big sized vehicle, kita akan perasan naza ria ni, sebab harga dia agak rendah. Harga bawah 10k, dah dapat mpv besar, dengan rupa suv.

Tapi ingat. Ada sebab harga terlalu rendah.

Dalam circle saya sendiri, tak ramai yang ada naza ria. Kalau saya dapat seringgit bila naza ria kenalan saya terbakar di tengah highway, saya aakan dapat dua ringgit. Dua ringgit tak banyak, tapi pelik bila dia jadi dua kali.

 

Ford fiesta. 2011-2013

Ford fiesta adalah best selling ford globally, kerana ford fiesta adalah kereta yang budget friendly berbanding ford yang lain. Namun, ford fiesta pun ford yang paling unreliable dalam pasaran malaysia.

Terlalu teruk, harini ford taknak jual pun fiesta dekat malaysia.

60% masalah datang dari transmission sahaja, and transmission macam korang tau, ada repair cost yang mampu menaikkan roh kita selama 15 saat, tanpa turun ke jasad.

Kita ada engine jerking, engine stalling, transmission failure, and sampai satu tahap, ford sendiri cakap yang owner kena terima dengan masalah transmission ni, sebab transmission ‘terpaksa ikut owner punya driving style’.

Range rover evoque

Dari hari pertama keluar, sampai tahun ketiga, range rover ada record of 47% untuk new range rover encounter major fault.

Even sampai harini pun, kalau kita beli range rover, kita terus  flip coin fifty fifty, kereta rosak ke tak..and of course, there is a reason why.

Range rover adalah kereta yang mewah, and kereta mewah akan ada SEMUA features and electronic yang tak perlu pun untuk ada dalam sebuah kereta. Lagi banyak electronic, lagi senang rosak.

Kalau yang banyak electronic tu, toyota, dia akan ada whole RND semata mata untuk dapatkan reliability rating yang tinggi. Tapi ini adalah Range rover, owned by tata, perceived to be a uk brand.

Uk, sama macam Italy, france, buat kereta r&d tak seberapa, tapi nak jual mahal, macam kereta dia overengineered macam german.

German, kita tahu tak reliable, tapi better beli german yang memang focus pada better engineering, daripada car maker yang overprice semata mata atas nama brand.

Banyak issue pada range rover, and yang common adalah air suspension, oil leaks, electrical problem, steering shaft problem, and airbag malfunctioning.

And of corse, ni range rover. Jangan expect untuk dapatkan repair cost yang rendah. Orang kaya kan. Maintainence pon orang kaya ah.

 

 

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.