Pesaing gaming phone terbaru akan dilancarkan

 

Xiaomi telah mengesahkan akan melancarkan barisan baru Black Shark 5 pada 7pm (waktu tempatan) pada 30 March 2022. Siri Black Shark ini akan memperkenalkan 2 model terbaru iaitu Black Shark Rs dan Black Shark 5 pro.

Februari lalu, 2 model Black Shark muncul di dalam pengkalan data TENAA certification. Model KTUS-A0 hadir dengan skrin 6.67inci AMOLED FHD+, in-screen fingerprint scanner, ram sebesar 16gb, storage dalaman sebesar 512gb, 3 GHz octa-core prosesor dan bateri sebesar 4650mAh. Model ini juga dilengkapi dengan 13 megapixel kamera depan dan 3 lensa kamera belakang sebesar 108 megapixel. Kemungkinan juga ia dilengkapi dengan 120W pengecasan pantas.

Manakala model PAR-A0 pula didatangkan dengan 3.2GHz octa-core prosesor, dengan ram sebesar 12gb, storage dalaman sebesar 256 GB dan juga 3 kamera belakang sebesar 64 megapixel. Spesifikasi lain pula hampir sama dengan model KTUS-A0.

Black Shark 5 pro mungkin akan mengunakan Chipset Snapdragon 8 Gen 1. Manakala model Black Shark RS pula mungkin akan mengunakan Snapdragon siri terbaru.

 

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.