“Nato penakut” kata President Ukraine

 

Presiden ukraine Volodymyr Zelensky pada hari isnin baru ini berkata Nato takutkan Russia, kerana penaklukan terhadap ukraine tiada tanda-tanda untuk reda.

“Nato sepatutnya memberitahu Ukraine bahawa negara tersebut diterima masuk dalam Nato ataupun tidak secara terbuka seolah-olah takut dengan negara Russia” katanya di dalam  sidang media Ukraine.

“Dan Nato juga perlu berkata, baiklah, negara-negara Nato akan membela Ukraine walaupun Ukraine tidak menyertai Nato. Itulah cara untuk perang itu berakhir” tambah lagi Zelensky.

Ukraine ingin menyertai Nato adalah antara sebab-sebab Russia menceroboh negara tersebut dan menamakan operasi tersebut sebagai “special military operation”.

Namun Zelensky kebelakangan ini nampak seperti sudah menerima yang negara Ukraine tidak akan menjadi Nato.

Baru-baru ini, Zelensky berkata kepada ABC news “Saya sudah menerima hakikat yang Ukraine tidak akan diterima untuk masuk ke dalam Nato. Nato takut untuk berhadapan dengan Russia dan salah 1 cara untuk Russia menawan bandar Ukraine adalah dengan membunuh semua orang” kata Presiden Ukraine tersebut.

Sumber

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.