Macam Mana Banjir Buat Kereta Rosak

December 2021, 70 peratus negeri di malaysia mengalami bencana banjir pada skala besar. Dari banjir ni, seluruh malaysia mengalami kerugian sebanyak 6.1 billion ringgit, and 1 billion dari tu, adalah kerugian berkaitan kenderaan sahaja.

Kirenya 16 percent kerugian tu, kereta masuk banjir. And kos untuk repair, reportedly, high tech cars macam Honda civic fc mampu mencecah sehingga 67 ribu ringgit.

Macam kereta harini, kita sendiri tau banyak electronic. Kalau kena air, electronic boleh rosak. Tapi kereta ni, dari zaman dulu lagi pun, tak boleh masuk banjir. Kalau masuk banjir, mesti rosak.

Jadi dekat mana yang membuatkan kereta kita rosak? Adakah kita boleh diy sendiri kereta banjir? Apa cara untuk kurangkan damage terhadap kereta kita?

 

  • Transmission 

Bila kata banjir,air sampai paras door knob, kita dah boleh declare tenggelam dah. First thing yang akan effect kereta kita is, transmission. Gearbox. Kita tau yang fungsi dia adalah untuk transfer power to a designed ratio, and torque output.

Dari situ, force go through shaft and tayar kita. Dalam gearbox kita, manual, auto, ada number of sproket atau pulley yang bekerja untuk convert semua power dari engine. Gearbox kena maintain equal barometric pressure dekat dalam tu.

So apa cara dia? Gearbox akan ada vent, untuk udara masuk atau keluar. And bila kereta kita kena banjir, vent ni yang akan serap air dulu, sebab gearbox kita adalah Antara peripheral devices yang paling rendah dengan ground floor.

Bila air masuk dalam transmission kita, friction lining setiap clutch kita akan serap and dissolve air tu dengan gam yang attach material dengan clutch plate. Torque converter harini pun ada clutch jugak.

Dalam transmission kita ada lubricant, sama macam engine kita, perlu lubricant. Fungsi dia, untuk sejukkan machine, and elakkan karat dari forming dalam tu.

Bila air masuk ikut vent, bercampur dengan air, kekuatan lubricant mula berkurang.

Ada beberapa kereta yang masuk banjir, and kita work on engine sahaja. Engine hidup and kita jalan, tanpa cek gearbox, sebab masa tu takde rasa nak rosak pun.

Beza gearbox dengan engine, gearbox tu boleh rosak di MASA AKAN DATANG, sebab air dah accumulate dalam gearbox.

Air yang berkumpul didalam automatic transmission dilabel sebagai highly destructive. Air tak rosakkan gearbox sekelip mata. Tapi dia akan merebak slow slow.

Untuk kereta kita, bila nak repair, make sure kita tak lepas tangan dengan gearbox, walaupun tak ada masalah untuk berjalan selepas banjir.

  • Engine Hydrolock 

Hydrolock atau hydraulic lock, untuk pemahaman kita, adalah sekatan kepada device oleh cecair, apabila sepatutnya di compress oleh gas atau udara.

Bahasa pasar dia, engine kita bila nak bergerak, kita kena bagi air fuel mixture masuk, compress, letup, exhaust. Dalam empat ni, number dua is compress.

Dia compress udara and minyak sampai volume paling padat, and spark plug buat letupan. Hydroloc ni, udara terganti dengan air. Masa compress nanti, piston compact benda yang tak boleh compact, iaitu air.

Fluid prevent piston dari reaching the top stroke, Jadi piston rod akan bending. Itu lah hydrolock. Obviously, hydrolock is very harmfull to our engine and we don’t want that.

Dah macam mana pulak dekat tempat tertutup tu, air boleh masuk? Walaupun engine kita, kita tak nampak piston bergerak, tapi untuk engine dapatkan air fuel mixture, engine tetap akan ambk udara daripada luar.

Udara luar, lalu air intake, masuk ke throttle body, masuk lah ke engine, untuk hasilkan combustion.

Incase of banjir, once dia dah sampai level engine bay, air akan masuk ke dalam air intake, melalui throttle body, and settle down dalam cylinder wall kita.

Masa tu cylinder wall jadi botol air.

Hydrolock ni antara punca, kenapa kereta old school yang lebih tahan lasak pun, masih tumpas dengan banjir. Tapi air tak buat piston hydrolock sahaja.

Once air masuk cylinder, air dalam masa yang sama akan basahkan spark plug, which is benda yang nak bagi api, basah. And untuk exhaust system pun, catylic converter akan gagal untuk bagi outflow.

Kalau Exhaust tak boleh keluarkan waste, sangkut, dengan air intake pun lah  tak boleh masuk. Bayangkan kita tiup straw, dengan hujung straw tertutup. Tak kemana pun angin tu.

  • Electronic

And obvious reason kenapa banjir merosakkan kereta kita, adalah electronic. Modern cars harini ada purata 62 ke 106 sensor dalam seluruh kereta, and lingkungan 50% adalah daripada engine sahaja.

Dia banyak dekat engine bukan sebab kereta modern ada 20 cylinder ke apa, tapi sebab nak bagi reading lebih accurate. Macam contoh, kereta 90 an ada satu oxygen sensor dekat exhaust.

Tapi kereta harini ada dua oxygen sensor, satu dekat manifold, satu dekat muffler. Betapa kita nak dapatkan bacaan accurate. Sebab tu sensor banyak tu.

Satu sensor yang tak boleh dibaca, certain kereta, dia lansung tak boleh start, walaupun tak menggangu operasi. Bila banjir, obviously semua sensor pun akan dipeluk oleh air.

Kalau kereta kita tenggelam banjir semasa battery masih terpasang, sensor ni semua akan rosak. For sure bukan sensor sahaja electronic yang ada dalam kereta.

Even kereta lama pun, ada alternator untuk cas semula bateri kereta. Alternator kerja dia, dari kinetic energy of engine, convert to electrical energy, going to car battery.

Alternator kena water splash, still workable. Sebab to dia expose dalam engine bay. Tapi kalau dah sampai tenggelam, babai jugak dia. Banyak lagi lah peripheral devices di sekeliling engine yang akan effect to flood fluid.

Apa nak buat?

Kita tak tahu bila kereta kita nak kena banjir. Tapi to some cases, kita boleh tahu yang air nak naik di sekeliling kita. Kita akan tinggikan peti ais, tinggikan tv, semua.

Tapi untuk kereta, bila ada peluang, disconnect semua power souce, macam contoh battery kereta.Once kereta kita dah dimasuki banjir, engine kita tak akan hydrolock, SELAGI kita tak start engine kita.

Jangan start engine lansung. pomen akan cek minyak hitam and air filter dulu, and bila dipstick pun basah dengan air,air filter pun basah, comfirm air masuk engine.

Untuk elakkan pressure dari bend piston rod, buka spark plug, and keep cranking start, sampai air takde untuk keluar dah. Itu antara kerja yang pomen akan buat, kalau air masuk engine, untuk elakkan hydrolock.

Tapi dari segi electronic, kalau air dah bersentuh dengan sensor, semasa sensor hidup dengan batteri, tak ada pomen dalam dunia ni boleh baiki sensor kita.

The only option is tukar semua sensor, tak kira berapa banyak sensor, atau sesusah mana untuk access to sensor. Sebab tu high tech car macam Honda civic punya repair cost jadi terlalu tinggi.

At some point, beli kereta baru nampak macam option yang lebih baik, kepada owner high tech cars.

Kalau kita ada peluang untuk disconnect battery sebelum banjir naik, disconnect. Kalau ada dua battery, cabut dua dua battery.

Sebab kalau electronic yang tak hidup masa kena bajir, masih berpeluang untuk kita gunakan lagi, dengan syarat electronic dikeringkan sepenuhnya, sebelum kita hidupkan balik kereta,.

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.