Zul Arrifin dikecam netizen kerana adegan panas

Nama pelakon, Siti Hariesa mulai menjadi buah mulut ramai selepas tampil di dalam klip ‘trailer’ drama terbaru berjudul Perempuan Itu bersama aktor Zul Atiffin yang menjadi perhatian sejak semalam.

Bakal menemui penonton tidak lama lagi, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama berkenaan telah menyebabkan netizen terkejut.

 

Menerima lebih 3,500 komen, rata-rata meluahkan kekecewaan apabila melihat pelakon beragama Islam sanggup menjayakan babak seperti aksi lucah tanpa memikirkan kesan terhadap diri dan ahli keluarga.

Malah, terdapat juga segelintir netizen mendakwa pelakon berasal dari Kuala Lumpur itu tiada sifat malu dan seolah-olah menggadaikan maruah demi bayaran ditawarkan pihak produksi.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.