Ribut Solar Gergasi Dijangka Akan Menghampiri Bumi Esok – Malaysia Mungkin Terjejas

Pakar fizik US meramalkan bahawa satu ribut solar ‘gergasi’ didakwa akan tercetus dan ‘menghampiri’ Bumi pada Isnin esok, memetik Daily Star.

Jangkaan tersebut datang daripada data Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) serta Pentadbiran Lautan & Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Di bawah ramalan semasa, terdapat 20 peratus kemungkinan ribut itu akan memberi kesan kepada United Kingdom (UK).

“Orang ramai di seluruh dunia mungkin akan dapat melihat fenomena Aurora, petunjukan cahaya yang sering dilihat di kawasan latitud tinggi, dan ia dijangka dapat dilihat lebih jauh ke arah khatulistiwa semasa ribut,” laporan Daily Star.

-cahaya kutub utara kelihatan makin berdekatan kepada garisan khatulistiwa daripada sepatutnya

Hal tersebut juga dijangka mampu dikesan melalui GPS, terutamanya ketika menjelang Subuh dan senja.

Pada tahun lalu, ribut solar gergasi ini juga pernah berlaku dan sempat dirakam oleh seorang individu di mana video tersebut telah tular di media soial.

Pada ketika itu, kejadian yang berjaya dirakam tersebut sebenarnya dijangka akan berlaku dan dapat dilihat dengan jelas di England dan Ireland Utara.

Menurut Explorersweb, terdapat kawasan di atmosfera Bumi yang dikenali sebagai Zon Aurora dan di dalamnya mempunyai atmosfera yang lebih nipis berbanding dengan garis lintang selatan.

-Satelit Starlink melepasi negara Uruguay

 

Sementara itu, seorang ahli fizik cuaca angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov turut menyebut hal yang sama di Twitternya pada semalam.

“Direct Hit! Model ramalan NOAA dan NASA menunjukkan akan berlaku ribut suria antara 12:00 dan 21:00 UTC pada 13 Mac.

“Kesan mungkin akan kuat! Jangkaan aurora jauh ke latitud pertengahan, radio amatur serta isu penerimaan GPS terutamanya menjelang Subuh/senja dan ketika tengah malam.

 

“Ribut suria dan tinjauan lima hari aurora, minggu tersebut akan jadi agak sibuk dengan ancaman tiga kali ganda.

“Ribut suria yang besar akan ‘menghentam’ Bumi berselang-seli antara tiupan sekilas dari ribut suria sebelumya dengan angin suria yang kencang,” tulisnya di Twitter

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.