Resepi Mi Goreng Basah Sedap

Berikut adalah cara-cara membuat mi goreng  basah.
BAHAN-BAHAN :
1. 1 bungkus mi kuning
2. Isi ayam dipotong kecil
3. Daun kucai
4. 1 biji tomato – potong kasar
5. 5-6 ulas bawang putih – ditumbuk / dicincang halus
6. 2 sudu besar cili kisar
7. Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram (sesedap rasa)
8. Kicap lemak manis (sesedap rasa)
9. Garam dan gula (sesedap rasa)
10. Minyak masak (cukup untuk menumis)
CARA – CARA :
1. Tumis bawang putih yang ditumbuk / dicincang sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap lemak manis.
4. Masukkan ayam.
5. Tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Rasa sikit kalau ok boleh masukkan mi dan gaul sebati.
8. Jangan tinggalkan mi, gaul sampai agak-agak bersalut dan kuah agak-agak nak pekat sedikit.
9. Akhir sekali masukkan tomato dan daun kucai yang sudah di potong. Gaul dalam 2 minit dan boleh tutup api. Siap untuk dihidang

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.