Kalau mekanik tak guna tool ni, cari bengkel lain (SCAM)

Ada dua jenis bengkel dekat tempat kita. Bengkel yang kemas, tersusun, and bengkel yang bersepah, barang merata. Tersusun and besepah, itu petanda, yang bengkel kereta penuh dengan tools. Tapi harini, ada satu lagi tools yang bengkel wajib ada. Obd2 diagnostic scan tool.

NAMUN kenapa dalam beratus tool yg ada, saya tekankan benda alah ni? Di masa sekarang, apa yang boleh jadi, kalau kita tak guna scan tool? And ada tak tips. untuk geng geng DIY?

Pomen scam adalah antara jenis scam yang popular di malaysia. Tribunal Consumer Claim Malaysia, TCCM keluarkan statistic pada tahun 2013, yang 6,233 complain tahun tu, 12% datang dari automotive maintenence sahaja. Dari 12% tu 11.7% tu menang case yang memihak kepada customer.

Ada banyak cara untuk bengkel scam kita.  But there is a good amount of percentage of scam, yang melibatkan diagnostic yang salah. Satu contoh yang baik, kereta jerking. Engine ada 4 element wajib untuk berfungsi dengan betul. Fuel, air, spark, compression. And bila pecahkan dari 4 element ni, lebih daripada 25 perkara, yang boleh buatkan kereta jerking.

Boleh jadi fuel injector kotor atau fail, spark plug rosak, cylinder damage, sensor rosak. Salah satu dari 25+ punca tadi. Bezza member saya ada masalah jerking, masa idling and highway speed. Warning light dah keluar. Hantar dekat workshop, pomen buat visual check, and pomen simply bagitau member yang spark plug kena tuka. Lepas tukar and berjalan tak lama lepastu, kereta jerking balik. Duit dah keluar and masalah tak selesai.

Boleh jadi fuel injector kotor atau fail, spark plug rosak, cylinder damage, sensor rosak. Salah satu dari 25+ punca tadi

Kereta modern harini, sesetengah perkara tak perlu diagnose dengan scan tool. Memang obvious, and pomen boleh tunjuk kita terang2, apa problem kita. NAMUN kereta modern harini dah bercampur dengan sensor. Sesetengah lagi perkara, tak boleh kita nampak dengan mata kasar. Tak boleh main agk agak.

Saya sendiri rasa yang sensor and electronic adalah antara punca kereta harini tak setahan kereta lama. Tapi kita pun kena akui, yang sensor ini lah yang membantu kereta untuk jadi JAUH lebih efficient and selamat dari kereta lama. PLUS, bila ada sensor, pomen tak perlu nak strip everything bila nak cek complex machine, macam transmission.

Sejak tahun 1996, kereta akan feature obd2 port untuk kita scan everything. Harini kereta makin banyak sensor, obd2 port jadi makin relevan. Cucuk scan tool, kereta kita akan bgtau kita segala galanya, dekat scan tool kita. Masalah exhaust, masalah fuel line, masalah keluarga, masalah cinta. (oh yeahh)

Bila pomen tak cek secara menyeluruh, masalah kereta kita, tak cucuk scan tool, and masalah masih timbul, especially engine and transmission part, cari bengkel lain. Banyak lagi pomen yang jujur and amanah dekat malaysia ni.

Itu cite bengkel. Kita sendiri, lagi lagi kaki diy, sesuai tak beli scan tool? I say lebih baik kalau kita ada scan tool sndiri. Lagi lagi sekarang punya scan tool punya front end, rupa lebih ke arah handphone. Kirenya lagi senang lah kita nak baca, daripada scan tool zaman dulu.

Satu benda pasal scan tool ni, dia kebiasaannya tak akan bagitau exact problem yang kita hadapi. Macam contoh, kawan saya takdi, dah kena keluar duit spark plug. Tapi jadi lagi. Saya cucuk scan tool, keluar code p0443, evap purge control valve circuit. Maknanya masalah kawan ni bukan masalah spark plug. Tapi scan tool dah pinpoint kepada problem kita. Apa yang kita boleh buat selepas keluar fault code ni, kita start check live monitor dari scan tool, ataupun start diagnose di kawasan yang terkeluar fault code.

Thank you google. Kita taip dekat google, bezza p0443, akan keluar SEMUA  possible way untuk selesaikan faultcode p0443. mungkin ada circuit short dekat purge control, atau connector loss contact, atau sensor control tu sendiri fail. Buat test dekat possible cause of problem. Sampai lah masalah selesai. Some people, keluar code p0443, terus tukar seketul purge canister. Scan tool bukan bekerja cara macam tu. Walaupun scan tool bagitau kita fault code, tak semestinya seluruh unit bermasalah. Ada kemungkinan wiring sahaja loose.

Apa beza scan toll obd2 murah and mahal? Basicly, quality and features. Yang mahal, dia akan ada diagnose, dia boleh program immobilizer and ignition system, reprogram ADAS system. Live diagnosetic reading pun dalam bentuk graph. Itu yang mahal. Tapi pada kita kaki diy, ini semua adalah overkill untuk spend, 15 ribu untuk scan tool. Apa yang kita betul perlu, adalah untuk baca fault code, baca live diagnose feed, macam tengok cylinder pulse secara live, and delete fault code. Most of the time, ini sahaja yang kita perlu.

Scantool ada dua jenis. Samada standalone, atau connect to smartphone. Satu masa dulu obd2 yang connect to smartphone akan bagi masalah samada pada phone, atau ecu kita. Harini saya jarang sikit dengar. Tapi kalau nak guna phone, beli obd2 connector yang harga reasonable. Jangan ambik yang 5 ringgit punya. 20 rgt ke atas dah okay. Pastu google play and apple store, ada dah apps free.

Tapi saya taknak ambik risiko lansung dekat phone atau kereta. Jadi saya lebih recommend stand alone scan tool. Boleh tengok dekat shopee and cek review. Saya tengok, yang dari lingkungan seratus ke dua ratus dah bagi quality yang cukup elok. Tayah sampai seribu. Mahal sikit dari phone. Tapi ini lah investment untuk kita, in future.Untuk driver kereta modern, obd2 adalah perkara yang patut kita guna. Tapi jangan la pakai saga kotak, mintak cucuk scantool plak. Cucuk hidung driver karang.

Scan tool adalah satu item yang agak berguna kepada bengkel ataupun kaki diy. Plus, harini makin banyak kereta modern yang mula opt kepada bengkel luar, sebab warranty dah habis.  Jadi harini, saya sangat percaya yang scan tool adalah tool wajib, macam mana spanar dengan wrench wajib. Spanar semua kita tau wajib. Tapi kalau kaki diy nak up your game, saya buat satu video, 5 tools tak famous bawah 50 ringgit, yang akan buat kita nampak macam pro. MACAM la. CLick video kat bawah

 

zakirin

1 comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.