Powerbank dengan fungsi jump kereta?!

Hari ini buatbincang.com ingin memperkenalkan satu gadget yang agak berguna ketika bateri phone kita low atau bateri kereta kite low dan tak boleh nak start. Ini lah dia 70Mai Jump Starter.

Dari segi reka bentuk dan material powerbank ini diperbuat daripada plastik yg high quality dengan sedikit soft touch coating. Di bahagian depan atas pula mempunyai sedikit permukaan berkilat dengan tulisan 70mai dan juga indicator untuk menandakan banyak mana bateri yang tinggal dalam powerbank tersebut. Setiap lampu dot menandakan 25% kapasiti ketika cas powerbank tersebut. Saiz dan beratnya juga sama dengan powerbank yang lain. Powerbank ini mempunyai kapasiti bateri bersaiz 11,100 mah. Ianya tidak menggunakan bateri lithium-ion yang biasa, tapi ianya menggunakan bateri lithium polymer. Bateri jenis ini adalah 4-5 kali lebih berkuasa berbanding bateri yang biasa.

 

Di bahagian atas powerbank itu pula,terdapat 1 butang mekanikal iaitu butang power, 1 USB port dengan 5v dan 2.4A, yang boleh digunakan untuk mengecas telefon anda atau apa-apa alat elektronik yang perlu di cas. Berhampiran dengan USB port terdapat 1 Type-C port untuk cas powerbank dan juga didatangkan dengan lampu suluh LED.

Syarikat powerbank ini jugak menitikberatkan keselamatan pengguna,contoh di atas, lubang yang mengeluarkan kuasa elektrik yang agak tinggi ditutup dengan penutup getah.

Klip untuk jump bateri kereta juga disertakan dalam pakej powerbank ini sendiri. Ianya dibalut dengan plastik berkualiti tinggi dan diperbuat daripada tembaga. Wayar yang berkualiti tinggi digunakan untuk menampung volt yang berkuasa tinggi ketika hendak jump kereta itu. Wayar tersebut tidak lah panjang sangat tetapi ianya adalah kerana untuk mengurangkan kehilangan tenaga ketika jump kereta tersebut.

 

Di atas ini pula ialah starter control unit. Ianya bertujuan untuk mengawal arus yang dikeluarkan. Dia juga ade 2 led dan 1 butang mekanikal. Led merah menandakan reverse manakala yang hijau menandakan correct. Ianya hanya untuk menandakan yang pemasangan yang dibuat adalah betul. Muncung biru tu pula perlu disambung ke powerbank tersebut. Arus asal voltage tersebut adalah 250A dan ketika tekan butang boost,dia akan mengeluarkan arus sebanyak 600A untuk masa yang singkat. Ianya cukup untuk jump start kereta atau suv. Untuk full kapasiti powerbank tersebut,ianya bole digunakan untuk jumpstart sebanyak 40kali. Masa untuk full charge pula memerlukan masa sebanyak 5.5 jam.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.