‘Kak Long’ masuk TV Al Hijrah, netizen tak puas hati

Dek kerana TV Al Hijrah menjemput ‘kaklong 7e’ sebagai tetamu bagi sebuah program di sana, TV Al Hijrah menerima kecaman yang hebat daripada seluruh warganet malaysia. Semua kecaman tersebut bermula apabila Pencetus Ummah (PU) Amin memuat naik satu hantaran di laman Facebook yang bergantingan bersama ‘kaklong 7e’

Akibat perbuatan tersebut , stesen TV AL Hijrah tampil mengeluarkan kenyataan media berhubung isu viral tersebut.

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.

“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

zakirin

1 comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.