Proton segment c baru? Gambar Geely binyui COOL bocor!

Geely baru saja melancarkan gambar rasmi interior dalaman untuk kereta yang akan dilancarkan, Binrui COOL, yang dibina berdasarkan Geely B-segment modular. Binrui Cool ialah sebuah sedan-coupe yang menumpukan pelanggan yang muda dan stylo berdasarkan Geely design terbaru, “Racing Storm”. Anggaran ianya akan dilancarkan adalah pada suku pertama tahun ini dengan harga bermula pada RMB 79,800 atau USD 12,600 atau RM 52937.07.

 

Binrui COOl ni sebenarnye bukan la 100%  kereta baru. Dalam nama die sendiri pun dah menunjukkan,ianya sebenarnya berdasarkan Geely Binrui. COOL ialah variant kepada Geely Binrui F Sport. Anda smua boleh melihat F logo di grill dan juga tombol gear. Saiz kereta baru ni  ialah 4710/1795/1455 dengan 2670 wheelbase. Consol tengah dikemaskan dengan karbon fiber dan jugak metallic chrome strip dan didatangkan dengan phone charging di bawah skrin tengah. Ianya jugak didatangkan dengan 72 warna ambient light dan exhaust vents.

 

Kereta ini jugak dilengkapi dengan full meter digital bersaiz 10.25 inci dan infotainment sistem dgn skrin sentuh bersaiz 12.3 inci.

 

Interior dalaman kereta ini didatangkan dengan warna hitam dan hijau dan dihiasi dengan line oren untuk impak yang besar. Seat semi bucket ini juga mempunyai kombinasi warna hijau dan hitam dengan jahitan oren.

 

Akhir sekali, Binrui Cool dilengkapi dengan enjin baru Geely 1.5T 4 silinder enjin dengan kuasa maksimum 133 kwh dan dipadankan dengan 7 speed dual clutch gearbox.

 

1 comment

  • We stumbled over here by a different website and thought I might as well check things out.
    I like what I see so now i am following you.
    Look forward to checking out your web page for
    a second time.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.