Resepi kek marble

Kek Mentega Marble
Bahan-bahannya :
300 gm mentega
250gm gula halus
6 biji telur saiz B
260 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit coklat emulco
Sedikit strawberry emulco
Sedikit pewarna pink sebab kalau guna yg emulco jer, warna dia tak berapa terang.
Cara membuatnya :
1. Pukul mentega + gula halus hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu. Kacau sebati.
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit serta serbuk penaik. Putar sebati. Tepung dan serbuk penaik kena diayak terlebih dahulu. Kalau boleh 2, 3 kali. Lebih lagi bagus.
4. Bahagi adunan pada 3 bhgn. Marblekan adunan.
5. Bakar hingga masak.
Kalau ikut saya punya oven saya bakar pada suhu 160° c selama lebih kurang 35 – 40 minit. Sebab kek ni saya guna loyang yg besar dan dia tak naik tinggi sgt. So saya guna suhu 160. Kalau guna loyang yg lagi kecil dan kek ni jadi lebih tebal, kena tambah suhu dia sikit. Tapi kengkawan semua kena kenal oven sendiri. Setiap oven tak sama.

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.