Perbezaan VTEC dan engine lain

 

Sekali pandang, kita nampak yang vtec ni boleh selesaikan semua masalah kita. Dari masalah kelajuan, sampailah masalah keluarga. Tapi persoalan sebenar dia, vtec ni ape? Apa beza vtec, dengan engine lain? Kenapa dia famos sangat?

VTEC, atau nama penuh dia, variable valve timing and lift electronic control, adalah system yang dicipta oleh ikuo katijani and team pada tahun 1989, untuk sebuah company. Tak tau la korang penah dengar ke tak company ni. Nama dia, Honda!!!

Sebelum kewujudan vtec, Honda dah pun keluarkan engine dengan kemampuan 80 horsepower per liter, dengan bantuan DOHC system. And bila vtec ni sampai, engine Honda dah mula mencecah SERATUS horsepower per liter. Mind you, this engine is naturally aspirated. Turbo tak pyah. And figure ni semua dah datang sebelum 90an lagi. That’s how big, impact yang vtec bagi pada engine Honda.

Vtec boleh buatkan kereta kita fuel efficient, AND powerfull. Tapi dua benda ni opposite. Macam mana vtec  buat?! Power yang vtec bagi memang besar. Tapi component yang dinamakan vtec tu, kecik je dekat dalam head engine. Tapi tak semua tau macam mana engine berfungsi. Kita cite dulu macam mana engine berfungsi.

Kita dah tau yang kereta kita perlukan minyak. Sebab tu petronas shell kaya. Dari fuel tank, minyak travel ke depan sampai ke engine, untuk mix dengan udara. Sebab engine perlukan  combustion untuk gerakkan piston. Kalau minyak je masuk piston cylinder, minyak tu tak meletup. Dia kena campur udara, baru boleh ada letupan dalam piston cylinder. Campuran tu yang kita panggil air fuel mixture. Letupan tu akan menggerakkan piston ke bawah, memusingkan crankshaft, and menggerakkan kereta.

Sebelum air fuel mixture nak masuk dalam cylinder piston, dia kena lalu valve dulu. Kalau tade valve, 24 jam la mixture tu masuk engine. Engine, dia nak sedut mixture, compress, boom! Exhaust. 4 step. Sebab tu panggil 4 stroke. Dalam 4 step ni, masa sedut je kita nak mixture masuk. Lagi tiga, kita taknak. So valve akan kawal timing kita. Crankshaft punya hujung, dia yang gerakkan camshaft dekat atas. Camshaft yang akan kawal valve kita untuk bukak ke tutup.

 

Ini lah sedikit sebanyak, cara engine kita bekerja. And vtec tu, set of camshaft and camlobe dekat bahagian atas tu. Conventional camshaft, camshaft yang bukan vtec, benda yang nampak macam guitar pick ni, kita panggil camlobe, ada satu sahaja jenis profile. Kalau kereta ada 4 cylinder, maksudnya kita ada 4 camlobe dengan profile yang sama. Bila camlobe ada satu kepanjangan yang sama, and camlobe pusing ke bawah, valve akan dibuka pada satu durasi yang sama setiap kali camlobe berpusing.

Lagi panjang and lebar camlobe tu, lagi lama valve terbuka, and bagi letupan yang lebih besar. Vtec punya camshaft ni, boleh kata macam orang minyak la. Siang dia orang kampong. Malam…..dia orang minyak. Vtec camshaft ada dua jenis profile berbeza pada setiap cylinder. Satu lebih pendek, satu lebih panjang dan lebar. Normally dua lobe pendek, and satu lobe panjang dekat tengah. And rocker arm yang duduk ANTARA valve and lobe, yang lagi special. Satu camlobe untuk satu rocker.

At low rpm, 3 rocker ni tak bercantum pun. Maknya walaupun lobe panjang turunkan rocker lebih kebawah and lebih lama, rocker ni  tak berhubung pun dengan valve. Setakat ni lobe panjang buat kerja sia sia je. Tapi minyak lagi save, engine tak keluar bunyi tak stabil masa idling. Ni contoh cam besar masa idling(tunjuk). Bunyi gempak kan aaa. Bayangkan kita tido, ada orang idle depan rumah dengan kete ni.

Sampai lah masa lobe panjang activate, ketiga tiga rocker akan dicantumkan dengan satu metal plug. 3 rocker jadi satu. And lobe yang panjang and lebar akan buatkan semua valve terbuka dengan durasi yang lebih lama. Mixture lebih banyak, letupan lebih besar, engine lebih laju, jadilah orang minyak.

Camshaft ini yang define engine Honda as Vtec engine. That is the core difference. Brand kereta lain tak de ke vtec? Ada. Tapi tuka nama lah. Kita exam pun meniru. Brand kereta pun sama. Dalam mitsu, kita ada mivec. Nissan ada neo vvl. Toyota ada vvtL. Tak 100% sama, tapi most of it, iye.

Macam vvti, tak sama dengan vvtL, vtec. Vtec kawal duration mixture masuk. Vvti KAWAL timing bila nak masuk mixture. Sebab masa low rpm, and high rpm, timing yang optimum adalah berbeza. Bila kita boleh kawal timing ni, low rpm and high rpm akan dapat power paling optimum. I VTEC, gabungan vtec dengan vvt ni lah. Toyota, vvtl-i. most engine harini, guna vvt punya tech.

Kenapa official race car, macam f1, tak guna vtec punya technology? Kan dia tambah kuasa? Vtec agak baik sebagai penghubung dua jenis engine state, low rpm and high rpm. Naik genting, rpm tinggi bukak vtec. Sampai dekat atas, engine senyap je. Macam takde pape jadi. Tapi masa pure racing environment, kita nak instant respond setiap masa. Vtec yang belum terbuka masa racing , akan buat lag untuk active semula vtec.

Instead, race car guna big lobe terus, memandangkan race car tak ada benefit untuk dapatkan low end power. Dengan proper tuning ditambah dengan performance camshaft, vtec akan jadi racun yang tidak berbisa.

zakirin

Add comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.