“Ntah..” Seller Berang, Buyer Sengaja Bagi Rating Rendah Tanpa Sebab & Bila Ditanya, Ini Jawapan Selamba

Kini, perniagaan secara atas talian semakin mendapat sambutan dari orang ramai. Manakan tidak, selain mudah, ia juga sangat menjimatkan masa bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi membeli belah.

 

Sekarang ini, bukan sahaja barangan seperti elektronik, perkakas rumah dan sebagainya, malah barangan dapur juga turut boleh didapatkan secara atas talian, mudahkan?

Tapi, ada pula yang sengaja memberikan ‘rating’ yang rendah kepada peniaga-peniaga yang berniaga di atas talian. Untuk makluman, penilaian ini sangat penting untuk menjaga reputasi kedai mereka.

Jadi, sekiranya kedai tersebut telah memberikan perkhidmatan yang baik dari segi layanan, produk dan pembungkusan, janganlah pula kita sengaja meberikan penilaian yang rendah.

 

Begitulah keluhan seorang peniaga ‘online’ yang diberikan penilaian rendah tanpa sebab yang munasabah menerusi ‘kicauannya’ di Twitter.

“Entahlah, kita buat kerja sehabis baik dah. Kami selalu pastikan barang customer sampai in perfect condition. Dapat pulak customer tak guna macam ni. Im so frustrated” tulisnya.

Pada asalnya, penjual berkenaan dipercayai bertanyakan kepada pembeli tersebut mengapa hanya memberikan rating tiga bintang sahaja. Namun apa yang dijawab pembeli tersebut agak mengejutkan.

1 comment

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.